NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Roadshow Himpunan 355 (H355) - Mahasiswa Nyatakan Sokongan


Tiada keraguan lagi, Mahasiswa mendokong penuh usaha pindaan RUU355 ini demi masa depan generasi muda Malaysia yang lebih baik dan barokah

[Sabtu, 07 Jan 2017 / 08 Rabiulakhir 1438H]

Pengerusi Gamis Johor saudara Wan Mohd Syahiran Bin Wan Musa telah berucap mewakili Gamis Johor bersempena "Roadshow Himpunan RUU355 (H355)" peringkat negeri Johor. Turut hadir sama berucap ialah Prof. Tuan Guru Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Ketua Dewan Ulama Pas Pusat.

Antara petikan ringkas ucapan;

"Tiada keraguan lagi, Mahasiswa mendokong penuh usaha pindaan RUU355 ini demi masa depan generasi muda Malaysia yang lebih baik dan barokah di bawah undang-undang yang bertepatan dengan tuntutan syariah Islam, dan langkah mencegah kemungkaran itu adalah jauh lebih baik daripada mengubati kerosakan sosial kehidupan "

InsyaAllah, bertemu kita di HIMPUNAN RUU355, 18 FEBRUARI 2017, DATARAN MERDEKA, KUALA LUMPUR.

#sokongpindaan
#SyariatDiperkasaRakyatSejahtera

"Memasyarakatkan Mahasiswa Matang"

"Melangkah Bersama Islam"

GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA CAWANGAN JOHOR (GAMIS JDT)


© all rights reserved
made with by templateszoo