NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perlu lulus tapisan SPRM

Sekiranya pegawai yang dicadangkan mengisi jawatan tertentu sudah melepasi semua tapisan itu termasuk dari SPRM, barulah urusan penempatan dan kenaikan pangkat dilaksanakan.
Putrajaya: Urusan kenaikan pangkat pegawai awam tertakluk kepada peraturan ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan lulus tapisan keutuhan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

JPA dalam kenyataan berkata, tapisan keutuhan juga dibuat bagi lantikan atau penempatan pegawai kanan perkhidmatan awam termasuk Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) dan Ketua Jabatan.

“Dalam hal ini, ingin ditegaskan semua penjawat awam adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan ini dan tiada terkecuali.

“Sekiranya pegawai yang dicadangkan mengisi jawatan tertentu sudah melepasi semua tapisan itu termasuk dari SPRM, barulah urusan penempatan dan kenaikan pangkat dilaksanakan,” katanya.

Menurutnya, peraturan yang ditetapkan untuk kenaikan pangkat adalah di bawah Perintah Am Bab A 1973, Surat Edaran JPA 1984, Surat Edaran JPA 1997 dan Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.

Katanya, ia turut diperjelaskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010 Panduan Pengurusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam.

“Sebagai langkah mengukuhkan integriti perkhidmatan awam, JPA sentiasa bekerjasama dengan SPRM dan Jabatan Audit Negara bagi memastikan integriti penjawat awam terus dipantau dari semasa ke semasa,” katanya.

(myMetro)


© all rights reserved
made with by templateszoo