NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysia Perlu Waspada Perjanjian Perdagangan Versi Baru

Kami mengesa supaya sebarang perjanjian perdagangan yang akan dimeterai oleh Malaysia perlu dilakukan secara terbuka, bukan dalam kerahsiaan. Proses debat terbuka di Parlimen dan mendapat maklumbalas dari pihak awam sepatutnya menjadi amalan oleh pihak kerajaan.

Kenyataan Media Kongres Rakyat
28 hb Januari 2017

MALAYSIA PERLU WASPADA PERJANJIAN PERDAGANGAN VERSI BARU

Setelah Presiden Trump mengumumkan , melalui Excecutive Order pejabat Presiden US , bahawa US keluar dari TPPA , kami berpendapat Trump tidak akan berhenti mencari versi perjanjian perdagangan baru yang menjaminkan polisi "American First" ( Amerika Diutamakan ) yang beliau umumkan untuk ditawarkan kepada negara-negara yang menjadi pilihannya.

Trump mengumumkan penarikan diri US keluar dari TPPA pada 23 hb Januari 2017 . Dengan itu Malaysia berpendapat perjanjian itu kini boleh dianggap telah mati. Bermakna US tidak akan melakukan ratifikasi undang-undang dan polisinya untuk disesuaikan dengan TPPA yang ditandatanganinya pada 4 hb Februari 2016.

Jelas ini menunjukkan betapa US sebenarnya dari awal lagi adalah pencatur TPPA dan kepentingan US menjadi inti kepada perjanjian tersebut. US bermatlamat meraih keuntungan maksima dari 11 anggota negara TPPA yang menguasai 40% GDP dunia.

Sebenarnya , sementara Trump dilihat sebagai "penyelamat" kepada tuntutan yang disuarakan oleh banyak pertubuhan masyarakat sivil yang menentang TPPA, namun itu tidak bermakna negara-negara yang menandatangani TPPA, selamat dari hegemoni US yang akan terus mencari jalan mengeksploitasi negara yang lain.

Yang jelas US terkenal dengan polisi tidak mahu saingannya mengatasi kepentingan US seperti China , India , atau Jepun yang berkeupayaan mengambil alih dominasi ekonomi dunia.

Kini Trump telah mengumumkan bahawa US akan mengguna model perjanjian bilateral iaitu perjanjian US dengan setiap negara secara berasingan. Katanya jika negara tersebut berkelakuan tidak memihak kepada kepentingan US, maka US akan membatalkan perjanjian tersebut.

Malaysia pernah ditekan untuk menandatangani Free Trade Aggreement (FTA) dengan US pada zaman Presiden George Bush dalam rundingan bermula 2007.  Dokumen perjanjian FTA US itu sangat jelas bersifat eskploitatif ke atas ekonomi Malaysia. Kepentingan Malaysia mengenai isu kewangan dan prokumen kerajaan hampir dikompromikan untuk memberi laluan kepada syarikat transnasional US menguasi ekonomi Malaysia. Namun kerana tarikh Fast Track Presiden US sudah melewati tarikh yang dibenarkan oleh Kongres, maka FTA US-Malaysia tidak dapat ditangani.

Soalnya setakat ini belum ada pengumuman resmi dari Sekretariat TPPA yang tidak tahu berpusat di mana. Sedangkan tidak kurang selama 7 tahun pusingan perundingan telah diadakan dengan sekian banyak sumber kewangan dan tenaga yang telah dihabiskan. 

Malaysia turut menyertai rundingan TPPA pada Oktober 2010 dan menandatanganinya , walaupun dengan bantahan ahli parlimen , rakyat dan masyarakat sivil , pada 4 hb Februari 2016 bersama 11 negara lain di Aukland , New Zealand. 

Dengan matinya TPPA sepatutnya semua proses ratifikasi undang-undang dan dasar di Malaysia seharusnya diberhentikan dan tidak diteruskan. Akan menjadi suatu kepelikan jika Malaysia meneruskan ratifikasi sedangkan TPPA sudah tidak lagi boleh berfungsi.

Kami mengesa supaya sebarang perjanjian perdagangan yang akan dimeterai oleh Malaysia perlu dilakukan secara terbuka, bukan dalam kerahsiaan. Proses debat terbuka di Parlimen dan mendapat maklumbalas dari pihak awam sepatutnya menjadi amalan oleh pihak kerajaan.

Kini , kami mendengar pula, sebuah perjanjian baru sedang dirundingi . Iaitu Perkongsian Serantau Ekonomi Komprehensif (Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) ) . RCEP melibatkan 10 negara Asean bersama China, Jepun , South Korea, India, Australia dan New Zealand. 

Sebanyak 316 organisasi sivil dari beberapa negara Asia dan Pasifik telah mengingatkan bahawa ada usaha klausa yang dilihat merbahaya yang tedapat didalam TPPA mahu dimasukkan kedalam RCEP. Klausa kontroversi mengenai mekanisme Penyelesaian Perselisehan antara Negara dan Pelabur ( investor-state dispute settlement(ISDS) mechanisme ) cuba dimasukkan dalam rundingan RCEP .

Sekali lagi , jika perundingan seumpama ini dirundingkan dalam keadaan berahsia, akan ada implikasi bantahan lagi dari masyarakat sivil kerana pihak kerajaan meletakkan kepentingan rakyat dalam keadaan risiko.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Pengerusi Kongres Rakyat
© all rights reserved
made with by templateszoo