Header Ads

Kit Siang ‘Bapa Hipokrasi Malaysia’

 Apabila rakyat berbicara soal Skandal BMF, kesan daripada pendedahan laporan CIA, Lim Kit Siang pilih untuk bersama Tun Mahathir, individu yang mana dia sendiri pernah tuduh mempunyai hubungan dengan skandal BMF 34 tahun yang lalu. Ini adalah satu tahap hipokrasi tertinggi di dalam dunia yang mana seseorang itu boleh capai - 
Huan Cheng Guan

ZAINI GHANI  26 JANUARI 2017

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan hari ini menggelar Pengerusi DAP, Lim Kit Siang sebagai ‘Bapa Hiporasi Malaysia’ berhubung isu skandal BMF yang melibatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelas Huan, Kit Siang merupakan individu yang menentang pentadbiran Tun Mahathir ketika tahun 80-an di dalam dan di luar parlimen, malah telah meyakinkan pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Seremban tahun 1983 untuk mengeluarkan 10 tuntutan mengenai penyiasatan Skandal BMF yang dibacakan beliau sendiri sewaktu sidang parlimen pada tahun tersebut.

Selain itu, beliau juga telah menuntut parlimen untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat skandal BMF, termasuk menerbitkan buku mengenai skandal tersebut.

“Tetapi pada hari ini, apabila rakyat berbicara soal Skandal BMF, kesan daripada pendedahan laporan CIA, Lim Kit Siang pilih untuk bersama Tun Mahathir, individu yang mana dia sendiri pernah tuduh mempunyai hubungan dengan skandal BMF 34 tahun yang lalu.

“Ini adalah satu tahap hipokrasi tertinggi di dalam dunia yang mana seseorang itu boleh capai,” ujarnya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Huan, ini jelas menunjukkan diri sebenar Kit Siang, malah segala bentuk ‘perjuangan’ yang dilakukan hanyalah demi kepentingan politiknya semata-mata dan bukanlah demi menjaga kebajikan rakyat.