NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Faiz Subri menang anugerah PUSKAS

Pemain berusia 29 tahun ini meraih 60% undian dari pengundi dari seluruh dunia dan ini mengatasi dua lagi calon undian yang lain



Pemain bolasepak Pulau Pinang Faiz Subri telah diumumkan sebagai pemenang anugerah Puskas FIFA 2016 di atas sepakan percuma yang dilakukannya dalam perlawanan liga tahun lepas. Tendangan percuma itu mengelirukan penjaga gol dan akhirnya membawa kejayaan 4-1 bagi pasukan Pulau Pinang terhadap pasukan Pahang pada 16 Februari 2016.

Pemain berusia 29 tahun ini meraih 60% undian dari pengundi dari seluruh dunia dan ini mengatasi dua lagi calon undian yang lain iaitu Marlone (24 tahun) dari Brazil dan Daniuska Rodriguez (17 tahun) dari Venezuela

Faiz menerima anugerah tersebut di Zurich pada hari Isnin 9 Januari 2017.

Sumber: http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/01/10/faiz-puskas-winner/


© all rights reserved
made with by templateszoo