NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Romania tolak PM wanita, Islam pertama

Presiden Romania menolak cadangan untuk melantik Perdana Menteri wanita dan beragama Islam itu disebabkan latar belakang Shhaideh yang mempunyai suami warga Syria.

BUCHAREST: Presiden Romania semalam menolak cadangan parti berhaluan kiri yang menang pilihan raya, bulan ini untuk melantik Perdana Menteri wanita dan beragama Islam pertama negara anggota Kesatuan Eropah (EU) itu.

Klaus Iohannis tidak memberikan sebab beliau menolak Sevil Shhaideh, yang dicadangkan Parti Demokrat Sosial (PSD), namun wujud spekulasi penolakan itu adalah disebabkan latar belakang Shhaideh, 52, yang mempunyai suami warga Syria.

“Saya sudah menilai hujah menyokong dan membantah. Saya mengambil keputusan untuk tidak menerima cadangan ini,” kata Presiden kepada pemberita sambil menggesa PSD memberikan cadangan lain.

PSD berkata, suami Shhaideh, yang berusia 54 tahun bekerja di Kementerian Pertanian Syria selama 20 tahun sebelum tiba di Romania pada 2011 dan berkahwin dengan Shhaideh, pada tahun sama. – AFP


http://www.bhplus.com.my/node/227756
© all rights reserved
made with by templateszoo