NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Peringatan di sebalik runtuhnya masjid di Aceh

jika dibandingkan dengan gempa bumi besar disertai tsunami pada 2004, sedikit sahaja masjid yang runtuh, namun keadaan berlaku sebaliknya dalam bencana kali ini.
ACEH - INDONESIA. Ada peringatan daripada yang Maha Esa di sebalik kejadian gempa bumi yang melanda Aceh kali ini apabila lebih banyak masjid runtuh.

Demikian kata-kata yang diungkapkan oleh Ketua Panitia Masjid Jami Nur Abdullah, Gampong Paruh Keudeu, Kabupaten Pidie Jaya, Sahrul Abdullah yang mengulas kejadian itu.

Menurutnya, jika dibandingkan dengan gempa bumi besar disertai tsunami pada 2004, sedikit sahaja masjid yang runtuh, namun keadaan berlaku sebaliknya dalam bencana kali ini.

"Nasihat orang tua dahulu, perbanyakkan kegiatan beragama dan penuhilah masjid-masjid yang ada. Faktanya sekarang, masjid tidak banyak ada kegiatan dan tidak dipenuhi oleh jemaahnya," kata Sahrul seperti dipetik Antara News.

Mengulas lanjut, Shahrul berkata, tindakan membina terlalu banyak masjid dalam satu daerah juga mungkin salah satu faktor, kerana dianggap tidak mematuhi saranan ulama dan orang tua dahulu yang mensyaratkan pembinaan satu masjid sahaja dalam satu daerah.

Baca selanjutnya: http://www.sinarharian.com.my/global/peringatan-di-sebalik-runtuhnya-masjid-di-aceh-1.597747
© all rights reserved
made with by templateszoo