NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan Meninggal Dunia

Ianya satu kehilangan besar bagi parti. Kehilangan yang sangat dirasai oleh parti atas jasa dan pengorbanan beliau termasuk dalam bidang pendidikan - Abdul Karim Shahimi Abdul Razak 
SEREMBAN: Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan Mohd Khairi Zainuddin, 45, meninggal dunia petang Selasa dipercayai akibat serangan angin ahmar ketika membuat lawatan ke sebuah sekolah agama di sini.

Ketua Penerangan PAS Negeri Abdul Karim Shahimi Abdul Razak ketika mengesahkan perkara itu berkata arwah meninggal dunia pada pukul 4.29 petang di sebuah klinik di Nilai.

"Arwah dikatakan tiba-tiba jatuh ketika sedang membuat tinjauan. Ini merupakan kali kedua arwah diserang angin ahmar dan terus menghembuskan nafas terakhir," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Mohd Khairi yang memegang jawatan Ketua Dewan Ulama sejak 2011, meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Makam Tuan Hj Said disini, 9 pagi Rabu, kata Abdul Karim Shahimi.

Mohd Khairi berasal dari Jempol dan merupakan pengasas Sekolah Rendah Islam Integrasi Darul Ulum di Ampangan.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

"Ianya satu kehilangan besar bagi parti. Kehilangan yang sangat dirasai oleh parti atas jasa dan pengorbanan beliau termasuk dalam bidang pendidikan," kataTuan Ibrahim.


http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/12/20/ulama-pas-meninggal-dunia/
© all rights reserved
made with by templateszoo