NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan: Keluasan Pembalakan Berkurang Namun Hasil Bertambah

Purata pendapatan hasil per hektar meningkat dari RM8,624/hektar (2012) kepada RM19,077 (2014). Satu peningkatan mendadak di bawah kepimpinan YAB Dato Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob. 

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2014.

1. JABATAN PERHUTANAN NEGERI KELANTAN - Pengurusan Hasil Pembalakan

1.1. Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) bertanggungjawab mengenai pentadbiran, pengurusan, pemuliharaan dan pembangunan hutan. Jabatan ini diketuai oleh seorang Pengarah Perhutanan Negeri dan dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu Bahagian Pengurusan dan Hasil, Bahagian Operasi, Bahagian Pembangunan dan Bahagian Pejabat Hutan Wilayah atau Daerah. Keluasan Negeri Kelantan ialah 1.49 juta hektar. Daripada jumlah itu, seluas 886,767 hektar adalah kawasan berhutan dan baki 606,414 hektar adalah kawasan tidak berhutan. Daripada jumlah kawasan berhutan, 629,687 hektar adalah kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK), 148,297 hektar adalah kawasan hutan tanah kerajaan dan baki seluas 108,783 hektar adalah hutan simpan hidupan liar. Pendapatan dari aktiviti pembalakan merupakan penyumbang hasil kedua terbesar kepada Kerajaan Negeri Kelantan selepas cukai tanah. Aktiviti pembalakan di Negeri Kelantan boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu pembalakan di dalam HSK, Tanah Kerajaan dan pembalakan untuk tujuan projek ladang hutan. Jumlah hasil yang dikutip daripada aktiviti pembalakan dalam tahun 2012, 2013 dan 2014 ialah masing-masing RM50.91 juta, RM59.03 juta dan RM64.94 juta.

1.2. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Julai hingga Oktober 2014 mendapati dari segi kutipan hasil keseluruhan JPNK adalah memuaskan. Hasil meningkat daripada RM50.91 juta pada tahun 2012 kepada RM59.03 juta tahun 2013 dan RM64.94 juta pada tahun 2014. Selain itu pengurusan royalti dan ses adalah teratur yang mana pengiraan isipadu adalah tepat mengikut jadual kadar dan laporan hasil royalti dikeluarkan setiap minggu. Bagaimanapun terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan hasil dari aktiviti pembalakan seperti berikut:

  • Kadar premium dikenakan tidak diwarta dan bayaran pampasan kayu balak tidak dikenakan. Manakala deposit ladang hutan dikenakan tidak mengikut kadar yang diwartakan. Begitu juga denda lewat bayar tidak dikenakan.
  • Terdapat tunggakan hasil tribute konsesi hutan dan tunggakan hasil denda kesalahan hutan.
  • Kerugian hasil akibat kecurian balak.


1.3. Bagi menambah baik pengurusan hasil pembalakan, JPNK disyorkan mengambil tindakan seperti berikut:

1.3.1. Jawatankuasa Kecil Perhutanan dan JPNK perlu memastikan semua bayaran pengusahasilan hutan dikenakan mengikut kadar yang diwartakan dan denda dikenakan sekiranya lewat membuat bayaran.
1.3.2. JPNK perlu memastikan tribute konsesi hutan dan denda kesalahan hutan dibayar mengikut tempoh yang ditetapkan.
1.3.3. JPNK perlu meningkatkan pemantauan terhadap kes kecurian balak dan balak yang disita perlu ditender dengan segera bagi mengurangkan kerugian hasil kerajaan.

Nota:-

Berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2014, pendapatan bagi tahun 2012 adalah RM 50.91 juta (keluasan Usahahasil 5903hk), 2013 adalah RM 59.03 juta (keluasan usahahasil 5908hk) dan 2014 adalah RM 64.94 juta (keluasan usahahasil 3404hk), maka purata pendapatan hasil bagi setiap hektar untuk kerajaan Kelantan adalah, 2012 = RM 8,624/hektar, 2013 = RM 9,991/hektar dan 2014 = RM 19,077/hektar satu peningkatan mendadak pada tahun 2014 di bawah kepimpinan YAB Dato Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob. Tahniah!

© all rights reserved
made with by templateszoo