NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ceramah Mega Rakyat Paya Jaras dihadiri pimpinan tertinggi

Ceramah itu merupakan peluang untuk “membentangkan penyelesaian mereka kepada rakyat” 
PAYA JARAS: Acara mega PAS di Paya Jaras malam tadi menyaksikan Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin dan wakil presiden PKR, Sivarasa Rasiah berkongsi pentas.

Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak dapat hadir malam tadi disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan, kata Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman.

“Memang Kak Wan (Wan Azizah) nak datang, tapi dia hantar wakil dan dakwaan kononnya wujud sabotaj tidak benar sama sekali,” kata Khairuddin kepada lebih 1,000 hadirin di Ceramah Mega Rakyat Paya Jaras.

lebih 1,000 hadirin di Ceramah Mega Rakyat Paya Jaras

Sivarasa merupakan ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dan Ahli Parlimen Subang. “Ceramah sebegini melibatkan ketiga parti ini sudah berlaku di Kuala Langat, cuma malam ini nampak lain sedikit sebab ia dihadiri pimpinan tertinggi,” katanya.

Terdahulu, Naib Presiden PAS dan Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad berkata parti-parti yang dijemput adalah parti yang mempunyai “hubungan politik” dengan PAS.

“Sebelum ini pun kita ada jemput PKR, IKATAN dan BERSATU ke ceramah kami, jadi ini bukan perkara baru.

“Kali ini, memandangkan 2017 adalah tahun pilihan raya, kita merasakan perlu mengadakan satu acara yang besar”.

Beliau berkata ceramah itu merupakan peluang kepada keempat-empat parti untuk “membentangkan penyelesaian mereka kepada rakyat”.

Mengenai kenapa DAP, yang merupakan sebahagian daripada kerajaan Selangor bersama-sama PAS dan PKR tidak dijemput, Iskandar berkata, keputusan parti itu pada tahun 2015 telah memutuskan hubungannya dengan DAP.

“Kami mempunyai hubungan politik dengan BERSATU dan PKR, tetapi muktamar kami pada tahun 2014 memutuskan semua hubungan politik dengan DAP. Jadi itulah sebabnya DAP tidak dijemput, “katanya.

Parti Amanah Negara (PAN), satu lagi parti yang mempunyai anggota penyokong kerajaan di Dewan Undangan Negeri Selangor, juga tidak dijemput.

Sumber:

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/12/12/acara-mega-pas-wan-azizah-tidak-hadir-hantar-ahli-majlis-pimpinan/

http://www.malaysianupdate.com/2016/12/pas-anjur-ceramah-mega-pembangkang.html
© all rights reserved
made with by templateszoo