NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPM 2016 Bermula

Peperiksaan SPM bermula hari ini, 7 Nov. Sebanyak 3,732 pusat peperiksaan dibuka seluruh negara dengan 32,220 petugas peperiksaan dilantik (gambar fail)
KUALA LUMPUR: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula hari ini (7 November) dan berakhir pada 6 Disember depan.

Ia melibatkan seramai 434,535 calon yang mendaftar bagi peperiksaan itu.

Daripada jumlah itu, 377,194 orang ialah calon Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Sebanyak 3,732 pusat peperiksaan dibuka seluruh negara dengan 32,220 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar.
Peperiksaan akan bermula dengan peperiksaan Bahasa Melayu Kertas 1 diikuti dengan Pendidikan Seni Visual dan Bahasa Melayu Kertas 2.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo