Header Ads

Saham seluruh dunia merudum

Pasaran saham runtuh semalam, manakala mata wang dolar jatuh berbanding Yen dan Euro ketika Donald Trump diumumkan menduduki kerusi White House, kemenangan yang dijangka membawa impak besar kepada ekonomi dunia.

HONG KONG – Pasaran saham runtuh semalam, manakala mata wang dolar jatuh berbanding Yen dan Euro ketika Donald Trump diumumkan menduduki kerusi White House, kemenangan yang dijangka membawa impak besar kepada ekonomi dunia.
Mata wang Mexico, Peso jatuh di tahap paling rendah tetapi harga emas naik lebih lima peratus ketika kebimbangan mengenai implikasi kemenangan Trump ke atas pasaran kewangan mendorong Jepun dan Korea Selatan mengadakan mesyuarat krisis.
Keyakinan awal bahawa calon pilihan pasaran kewangan antarabangsa, Hillary Clinton akan menang terus pudar apabila keputusan menunjukkan Trump, 70, mendapat undi yang diperlukan untuk memenangi pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS).
Situasi itu berlaku berikutan ramai pelabur menganggap Clinton sebagai pilihan lebih selamat berbanding Trump.
Taikun hartanah itu dikatakan mempunyai dasar yang sukar diduga yang dibimbangi boleh menghancurkan ekonomi AS.
“Pasaran saham merudum teruk beberapa jam lalu dengan mata wang peso Mexico terjejas begitu teruk ketika Trump semakin hampir memenangi kerusi White House,” kata penganalisis kanan pasaran firma OANDA, Craig Erlam.
Pasaran saham Tokyo susut 5.4 peratus selepas urus niaga tamat, manakala pasaran Hong Kong dan Shanghai masing-masing jatuh tiga dan 0.6 peratus.
Di Sydney, pasaran saham turun sekitar dua peratus, Seoul susut 2.3 peratus dan Singapura merudum 1.8 peratus.
“Ini agak menakutkan,” kata Ketua Firma Perunding Pasaran AMP Capital Investors di Sydney, Nader Naeimi.
Dalam pada itu, seorang penganalisis politik dari University of Birmingham, Scott Lucas dengan nada sinis berkata, hanya Tuhan yang tahu apa yang bakal berlaku apabila rakyat AS memilih Trump sebagai Presiden.
“Dia benar-benar tidak dapat diramalkan, dia tidak keruan - Saya tidak pernah mendengar dia meluahkan pemikiran yang masuk akal mengenai dasar luar dalam kempennya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=1110&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz4PYo6hIVd 
Hakcipta terpelihara