NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pasukan Terbaik SEA Game Jam Berpeluang Komersilkan Permainan



Mereka berpeluang menerima dana tambahan untuk menaiktaraf permainan dan mendapatkan bimbingan dari sudut rekaan permainan, pembangunan dan aspek perniagaan sesebuah permainan. 

LABS/Kuala Lumpur: Pasukan terbaik pertandingan SEA Game Jam berpeluang mengkomersialkan permainan ciptaan mereka di Alpha Startups, sebuah program pra-permainan oleh Media Prima Labs dan 1337 Ventures. 

Menerusi program itu, mereka berpeluang menerima dana tambahan untuk menaiktaraf permainan dan mendapatkan bimbingan dari sudut rekaan permainan, pembangunan dan aspek perniagaan sesebuah permainan. 

Pengurus Besar Kanan Kumpulan Media Prima Labs dan Operasi, Nicholas Sagau berkata tawaran itu adalah antara hadiah yang menanti peserta SEA Game Jam, pertandingan hackathon selama 36 jam membangunkan sebuah permainan digital. 

Katanya, industri permainan mudah alih di Malaysia dilihat semakin mendapat perhatian dan terdapat peningkatan terhadap permintaan kandungan permainan mudah alih di negara ini. 

"Bukan sahaja mereka yang bermain, pereka dan pembangun permainan mudah alih juga kini melihat permainan mudah alih sebagai satu industri yang boleh mendatangkan keuntungan melalui nilai komersial yang terdapat padanya," katanya dalam kenyataan semalam.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/210236

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo