Header Ads

Mata Wang Asia Merosot Berbanding Dolar AS

(photo credit-the star)
Kebanyakan mata wang serantau lemah berbanding dolar AS dengan Korea Selatan menerima kesan paling besar, Rupiah Indonesia, Rupee India juga jatuh dengan ketara dan Ringgit ditutup sangat rendah
PETALING JAYA: Kesan selepas kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) terus berlaku di seluruh Asia dengan kebanyakan mata wang ditutup rendah berbanding dolar AS, memaksa bank-bank pusat untuk campur tangan.

Kebanyakan mata wang serantau lemah berbanding dolar AS pada Jumaat dengan Korea Selatan menerima kesan paling besar, menurut data daripada Bloomberg.

Rupiah Indonesia dan Rupee India juga jatuh dengan ketara.

Ringgit ditutup sangat rendah berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan kejatuhan harga minyak serta jangkaan Rizab Persekutuan AS akan menaikkan kadar faedah pada Disember.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu diniagakan 4.2800/2900 berbanding dolar AS daripada 4.2700/2790 pada Khamis.

Seorang peniaga mata wang berkata dalam kebanyakan masa, dolar AS tidak terdapat di kebanyakan bank, menyebabkan pelabur mencari perlindungan di pasaran luar pesisir untuk melindung nilai kedudukan mereka.

"Semalam, perdagangan dalam dolar AS adalah terhad berikutan sekatan yang dikenakan oleh bank pusat. Tiada sebut harga pada kadar pertukaran antara ringgit dan dolar AS," kata seorang peniaga yang enggan namanya disiarkan.

Penyusutan ringgit itu juga seiring dengan mata wang sedang muncul lain di Asia.

Naib Presiden Penyelidikan Pasaran FXTM, Jameel Ahmad berkata, kejatuhan mata wang Asia dikaitkan dengan kemungkinan impak dagangan di benua ini jika Trump, melaksanakan dasar perlindungan perdagangan.

Selanjutnya di: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/11/12/mata-wang-asia-merosot-berbanding-as/