NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anak muda, Mak cik Tua dan Selipar Jepun.





"Satu kisah yang benar-benar berlaku dalam perjalanan menaiki LRT"
Oleh: Walid Ameerul Haq

Orang muda sentiasa segak tampil bergaya tidak berada dimana kerana jiwa pemuda perlu lebih yakin walaupun bersahaja. Teringat satu kisah yang benar-benar berlaku dalam perjalanan menaiki LRT dari Bukit Jalil ke Plaza Rakyat.

Tiba di stesyen Chan Sow Lin masuk seorang anak muda dengan gaya ala hip-hop berseluar labuh, dengan Ipod mini tergantung di telinga datang duduk di sebelah seorang makcik.

Mungkin kerana makcik di sebelahnya hanya berselipar dan berbaju kurung dia menegur makcik tersebut dengan berkata " Makcik ini zaman bila punya trend? Macam old school jer? .."

Makcik tadi hanya tersenyum tanpa menjawab apa-apa soalan darinya.. Lalu dia bertanya lagi..

"Makcik tidak malu pakai begini?"...

Makcik itu masih tidak menjawab hanya sekadar lemparkan senyuman..

Anak muda tersebut rasa tidak puas hati lalu dia mennggoncangkan tubuh makcik tadi dan berkata.

"Makcik!! Cuba tengok saya ni.. Pakaian macam ini baru nampak bergaya dan trending tau tak ???" pekiknya ke telinga makcik itu.

Akhirnya makcik bersuara.

 " Makcik buta nak, makcik tak nampak pun apa yang kamu pakai, kalau betul pakaian kamu bergaya pun tapi akhlak kamu sangat kurang segak", ujarnya sambil tersenyum.

Orang muda jangan hanya pentingkan segak penampilan sahaja akhlak pun kena segak juga. Jangan sentap ye, saja cuit-cuit manja..

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo