NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bursa Malaysia dibuka tinggi



KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi dalam dagangan jajaran kecil menjelang pembentangan Bajet 2017 pada jam 4 petang ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata seorang peniaga.



Pada jam 9.09 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) 1.03 mata lebih tinggi pada 1,668.21 berbanding penutup Khamis 1,667.18. Indeks itu dibuka 0.18 mata lebih tinggi pada 1,668.03. Persekitaran pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi iaitu 109 berbanding 86, manakala 161 kaunter tidak berubah, 1,311 tidak diniagakan dan 18 lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 117.63 juta saham bernilai RM34.12 juta. Peniaga berkata, pasaran saham kini sedang memberi fokus kepada pengumuman Bajet 2017, yang dijangka akan memberi sedikit rangsangan kepada saham tempatan. Bagi saham wajaran tinggi, TNB susut dua sen kepada RM14.30 bagaimanapun, Public Bank susut dua sen kepada RM19.80, Maybank menokok satu sen kepada RM7.61 dan Sime Darby berkurangan satu sen kepada RM7.95. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/204356

21 Oktober 2016 10:36

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo