NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......
Showing posts with label BAJET 2023. Show all posts
Showing posts with label BAJET 2023. Show all posts

Belanjawan reformasi mana? 100 PH-BN. DAP & peniaga. – Syahir Sulaiman



1. Belanjawan 2023: Janji reformasi yang dinanti

BELANJAWAN terbesar dan meneruskan tren pengembangan (expansionary). Sejumlah RM388.1 bilion diperuntukkan tahun ini berbanding peruntukan asal RM372.3 bilion yang dibentangkan sebelum pembubaran Parlimen.

Perbelanjaan operasi berjumlah RM289.1 bilion dan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM99 bilion, dengan anggaran pertumbuhan KDNK 4.5 peratus bagi tahun 2023.

Jangkaan pendapatan lebih rendah iaitu RM291.5 billion berbanding anggaran 2022 iaitu 292.7 bilion. Defisit fiskal diunjurkan pada 5.0 peratus berbanding KDNK, lebih rendah daripada anggaran 2022 iaitu 5.6 peratus.

Jumlah perbelanjaan mengurus sudah menghampiri jumlah hasil kerajaan pada paras 99%. Ini bermakna, setiap hasil yang dipungut kerajaan hanya cukup untuk menampung kos pengurusan kerajaan, dan situasi ini adalah berisiko terhadap keupayaan fiskal sekiranya terdapat kenaikan kos di luar jangkaan atau kutipan hasil jauh lebih rendah daripada yang dianggarkan.

Apa yang boleh disambut baik? Penegasan supaya rasuah dan penyelewengan akan dihentikan. Komitmen untuk mengawal paras hutang. Ketelusan dalam perolehan kerajaan. Pengenalan cukai barangan mewah dan subsidi bersasar. Peranan waqaf dalam pembangunan negara. Pewujudan akta perlindungan pemberi maklumat, tanggungjawab fiskal. Inisiatif pendapatan rakyat dan pengupayaan golongan miskin. Bantuan kepada B40 dan M40.

Sebahagian besarnya adalah penerusan atau peluasan program sedia ada.

Apa yang boleh dipersoalkan? Pemberian wang ehsan kepada Kelantan dan Terengganu yang tidak mencerminkan semangat federalisma yang matang, di samping pendirian terbaru Kerajaan Persekutuan berkenaan hak royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu yang dinafikan. Malah agihan perbelanjaan pembangunan (DE) kepada negeri-negeri pembangkang tidak menunjukkan petanda yang positif.

Persoalan utama yang perlu dibangkitkan, sejauh mana Belanjawan 2023 boleh melonjakkan pertumbuhan ekonomi, mencipta peluang pekerjaan, dan meringankan beban hidup rakyat? Selain itu, adakah strategi yang diambil menepati sasaran, adakah inisiatif baharu yang diambil mencukupi, dan adakah masih ada ruang yang boleh diperbaiki?

Pastinya perincian kepada persoalan ini akan dicerakinkan dalam sesi perbahasan kelak.

Terlebih penting adalah kualiti penyampaian dan keberkesanan segala bantuan dan projek yang diumumkan, diikuti proses pemantauan berterusan, dipandu oleh kecekapan dan integriti yang tinggi di pihak kerajaan, tanpa sebarang unsur pilih kasih dan ‘sabotaj ekonomi’ yang tidak melambangkan agenda perpaduan dan slogan madani.

Manakala akses dan kecaknaan rakyat terhadap segala bantuan kerajaan perlu dipertingkatkan, bagi memastikan Belanjawan 2023 dapat diagih secara saksama, dan dikongsi secara bersama.

Pemulihan dengan pembaharuan.

Perlu diingatkan, matlamat utama sesebuah perancangan pembangunan adalah untuk memberi nilai tambah (value-added) dan limpahan berganda (multiplier-effect) bagi meningkatkan tahap sosioekonomi dan dayasaing negara, seterusnya memastikan kemakmuran ekonomi dinikmati secara lebih adil dan saksama.

Selain itu, pemulihan ekonomi perlu menjadi ‘batu lonjakan’ kepada pembaharuan ekonomi. Inilah peluang keemasan untuk penyusunan semula struktur ekonomi negara, khususnya bagi menangani permasalahan kemiskinan, pendidikan dan kemahiran tempatan, kelestarian alam, sekuriti makanan, keupayaan globalisasi, dan ketinggian integriti.

Adalah amat mendukacitakan sekiranya kita mampu memulihkan semula ekonomi negara, namun hanya kembali ke tahap sosio-ekonomi sebelumnya, tanpa membawa sebarang ‘perubahan struktural’ dan ‘budaya ekonomi baharu’ bagi mendepani cabaran mendatang yang pastinya lebih mencabar.

Dengan izin, “Recovery without reforms is a waste”.

SYAHIR SULAIMAN
Ahli Parlimen Bachok
Parlimen
24 Februari 2023 – HARAKAHDAILY 24/2/2023



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Kerajaan Pusat nak ‘*****’ Melayu di Terengganu dan Kelantan? - RPK




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...



Belanjawan 2023: Perlu imbang antara rakyat dan kewangan negara



PETALING JAYA: Belanjawan 2023 bukan sahaja harus meringankan beban rakyat serta membasmi inflasi tetapi kewangan negara juga tidak harus terbeban.

Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Dr. Lee Nan Sang berkata, untuk itu kerajaan diingatkan supaya tidak menurunkan harga semua barang dan memberi inisiatif semata-mata untuk menggembirakan rakyat dan mengakibatkan beban kepada kewangan negara.

“Sudah semestinya Belanjawan 2023 ini harus memfokuskan untuk membantu rakyat, meringankan beban sara hidup mereka.

“Harga makanan meningkat di hampir semua premis makanan dan sekiranya harga tidak dinaikkan, hidangan yang diberi dikurangkan, mana-mana pun tetap membebankan rakyat.

“Oleh itu, harga makanan dan bekalan makanan harus diberi tumpuan bagi memastikan sentiasa mencukupi dan harga dapat dikawal supaya berpatutan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau berkata, baru-baru ini terdapat beberapa tol dikurangkan harga dan diharapkan perkara itu akan berkekalan serta lebih banyak lagi tol di sekitar Lembah Klang dapat dikurangkan harga untuk membantu pekerja yang menggunakan lebuh raya tersebut setiap hari.

“Pada masa yang sama, pengangkutan awam seperti Rapid, LRT, MRT dan KTM juga mempunyai pengguna yang ramai, harga khas boleh diberikan kepada pengguna harian.

“Hampir semua pelajar dari sekolah rendah hingga ke universiti memerlukan alatan elektronik seperti telefon pintar dan komputer riba, subsidi boleh diberikan bagi membantu meringankan beban ibu bapa terutamanya yang mempunyai ramai anak.

“Pada tahun lepas, Kadar Dasar Semalaman (OPR) meningkat hampir setiap tiga bulan, diharapkan perkara tersebut tidak berulang pada tahun ini serta OPR dapat dikurangkan kepada 2.5 peratus.

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...



Belanjawan 2023 : Jangan biar suri rumah, ibu tunggal terbeban - Hanafiah


KUALA NERUS – Kerajaan Persekutuan diharap mampu mengemukakan penyelesaian yang mampu mengembirakan hati seluruh rakyat khususnya suri rumah menerusi Bajet 2023 yang akan dibentangkan iaitu menurunkan harga bahan mentah.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Naisonal negeri, Hanafiah Mat berkata, perkara tersebut menjadi harapan golongan terbabit demi kelangsungan hidup.

“Saya berharap sangat perkara ini diberikan tumpuan kerana kalau harga barang tidak dapat diturunkan serta diselesaikan ia akan menjadi beban serta masalah kepada golongan ibu yang selama ini bertungkus lumus menyediakan masakan setiap hari.

“Jadi seluruh pengguna mengharapkan agar kerajaan campuran ini dapat memastikan kos barangan keperluan dapat dikurangkan dengan seberapa segera,”ujarnya.

Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak media, selepas menyempurnakan Sambutan Terengganu Hijab Day 2023 bersama Ustaz Azhar Idrus bertempat di Dewan Perdana, Kompleks Pentadbiran Al-Wathiqu Billah, di sini semalam.

Dalam pada itu, Hanafiah berharap, Bajet 2023 yang akan dibentangkan nanti juga akan dapat menaikkan bantuan kewangan kepada golongan ibu tunggal.

“Selama ini kerajaan negeri telah memberikan sumbangan bantuan ‘one-off’ jadi saya mengharapkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dapat menaikkan bantuan bulanan kepada ibu tunggal.

“Manakala yang bekerjaya dalam bidang perniagaan saya mohon tambahkan lagi peruntukan tanpa faedah sebagaimana yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) dimana setiap mereka boleh membuat pinjaman sehingga RM20,000,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut berharap agar kerajaan campuran hari ini menunaikan segala-janji manifesto yang dikemukakan oleh Pakatan Harapan (PH) sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Antarnya memansuhkan hutan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) secara bersasar, secara tidak langsung kebajikan ini akan memberikan kesenangan kepada seluruh rakyat,” ujarnya. - Berita PAS


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Belanjawan 2023: Tiada peruntukan khas buat e-sukan. -Hannah




KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak akan menyediakan peruntukan khas untuk e-sukan dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata peruntukan untuk kementeriannya pada tahun ini, akan merangkumi semua jenis sukan dalam memastikan kelangsungan pembangunan sukan tanah air.

"Kita beri keutamaan kepada semua sukan, kita ada banyak jenis sukan. Kita tak ada lihat ada bajet khas untuk e-sukan, e-sukan sudah jadi main stream untuk KBS.

"Ini bermaksud, setiap tahun memang akan ada peruntukan untuk e-sukan, cuma jumlah kita tidak boleh beritahu," katanya pada sidang media selepas pratonton Jalur 14 siri kedua di Dadi Cinema, Pavillion, ibu negara hari ini.

Bagaimanapun Hannah berkata sebarang keputusan mengenai jumlah bajet kementerian itu, akan diputuskan oleh Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Katanya, tidak banyak perubahan mengenai inti pati bajet tahun ini, bagi kementerian berkenaan berbanding yang dibentangkan sebelum ini.

"Kami tidak mempunyai komponen luar biasa, dan ia tidak akan berubah dengan banyak berbanding tahun tahun lepas," katanya

- BERNAMA

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...



Belanjawan 2023: Enam cadangan oleh bekas Ahli Parlimen




SAUDARA PENGARANG,

SEBENARNYA terdapat enam perkara perlu dimasukkan dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan esok.

Pertama, harus diwujudkan segera skim pencen warga emas sebanyak RM500 sebulan untuk 1.7 juta rakyat berumur 65 tahun ke atas yang sekarang ini tidak menerima apa-apa pencen kerajaan atau bantuan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Skim pencen ini akan melibatkan kos lebih kurang RM10 bilion setahun.

Kedua, perkenalkan caruman Perkeso yang ditaja oleh Kerajaan Persekutuan untuk memberikan perlindungan ilat (tidak dapat bekerja lagi kerana cacat anggota badan disebabkan kemalangan dan lain-lain) kepada semua wanita berumur antara 18 hingga 60 tahun.

Ia akan melibatkan peruntukan RM1.2 bilion setahun untuk memberikan perlindungan kepada 6.5 juta wanita yang berkelayakan, iaitu bukan kakitangan kerajaan dan individu tidak dilindungi Perkeso.

Ketiga, tambah peruntukan Kementerian Kesihatan kepada sekurang-kurangnya RM44 bilion setahun berbanding RM33 bilion pada 2022.

Namun, harus ada rancangan untuk meningkatkan belanjawan kesihatan dalam tempoh lima tahun akan datang supaya mencapai sasaran empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau RM66 bilion setahun.

Tiga perkara ini akan menyediakan asas kepada sebuah jaringan perlindungan yang lebih baik dan komprehensif kepada semua rakyat, di samping mengurangkan kebimbangan dirasai ramai apabila mereka memikirkan masa depan selepas bersara.

Perkara keempat, kerajaan harus memperuntukkan dana berjumlah RM2 bilion setahun untuk menaja secara bersama sebuah program yang mewajibkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil alih penyelenggaraan dan pengurusan rumah pangsa kos rendah.

Kebanyakan rumah pangsa kos rendah berada dalam keadaan yang menyedihkan kerana jawatankuasa pengurusan tidak dapat mengumpul yuran penyelenggaraan mencukupi untuk memastikan kebersihan premis, memperbaiki lif rosak, membayar bil elektrik bagi lampu di kawasan awam dan sebagainya. Akibatnya, banyak kediaman ini tidak selesa dan kurang selamat untuk didiami.

Kelima, kerajaan harus memastikan wujud ketelusan dalam penggunaan dana diberikan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melalui pejabat-pejabat daerah untuk menyelenggara dan menaik taraf kemudahan-kemudahan awam serta rumah di kawasan luar bandar.

Peruntukan kira-kira RM5 bilion setahun itu mesti dikekalkan. Bagaimanapun, harus disyaratkan semua peruntukan dan spesifikasi projek yang diluluskan itu dipaparkan dalam talian supaya penduduk dapat mengakses dan memantau.

Kerajaan juga harus memperkasakan Biro Pengaduan Awam supaya peruntukan tidak sampai kepada sasaran dapat disiasat dan didakwa di mahkamah dengan segera.

Keenam, kerajaan perlu mengumumkan menarik diri daripada Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) bagi melakukan semakan semula terhadap faedah yang dikatakan akan diperoleh negara.

Ramai ahli ekonomi bersetuju CPTPP terlalu berpihak pada syarikat multinasional yang kaya raya dan mengikat tangan kerajaan sedangkan situasi semasa memerlukan pemerintah mempunyai keupayaan untuk campur tangan dalam sistem ekonomi apabila diperlukan.


DR. JEYAKUMAR DEVARAJ, Bekas Ahli Parlimen Sungai Siput

........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Belanjawan 2023: Fokus usaha bendung kenaikan harga - Peniaga


Usahawan kecil berharap kerajaan dapat memberi fokus kepada usaha membendung kenaikan harga barangan keperluan seperti minyak, tepung dan telur.





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Belanjawan 2023: Islam menawarkan ekonomi wasatiyyah - Abdul Hadi


Dunia hanya mengenali dua pendekatan sahaja dalam aspek ekonomi iaitu kapitalisme dan sosialisme, sehinggalah pendekatan yang paling ekstrem iaitu liberal kapitalisme dan komunisme. Pendekatan tersebut sama ada berkonsepkan kebebasan individu atau kemasyarakatan, kemudiannya dikaitkan pula dengan peranan politik yang melindungi kedua-dua ideologi tersebut. Kedua-dua belah pihak mendabik dada kononnya masing-masing mengamalkan demokrasi bersama rakyat.

Ideologi kapitalis lebih bersifat ananiyyah (individualistik) dari segi pemilikan dan bertemakan kebebasan, manakala ideologi sosialis pula bersifat kolektif yang memberi penekanan dari segi kemasyarakatan dan bertemakan keadilan sosial. Kedua-dua aliran tersebut berkonsepkan materialisme (kebendaan) dan berprinsipkan sekularisme yang berpisah daripada agama.

Walaupun ada dalam kalangan mereka yang tidak mengetepikan hak beragama, namun mereka tidak membenarkan agama campur tangan dalam urusan ekonomi dan politik. Adapun penganut komunisme lebih bersikap ekstrem sehingga bertindak mengharamkan agama. Begitu juga dalam kalangan penganut liberalisme.

Ramai yang terlepas pandang dengan kewujudan Islam yang berlainan dan berbeza sama sekali daripada semua ideologi itu. Hal ini disebabkan Islam itu bersifat wasatiyyah (pertengahan dan sederhana) dan berkonsepkan istiqamah terhadap individu dan masyarakat.

Di samping itu, Islam juga menegaskan bahawa agama tidak terpisah daripada segala aspek dalam urusan kehidupan manusia di alam dunia, termasuklah aspek ekonomi dan politik. Bahkan, semua itu tetap berkait dengan aspek aqidah, ibadat dan syariat Allah, serta tidak mengetepikan hak individu dari segi pemilikan dan hak. Malah, menggalakkan manusia agar bermasyarakat dari segi memenuhi keperluan hidup bermadani secara tabii.

Firman Allah SWT:

﴿يَٰٓŲ£َيُّهَŲ§ ٱلَّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų”َŲ§Ł…َنُواْ Ł„َŲ§ ŲŖَŲ£ۡكُŁ„ُوٓŲ§ْ Ų£َŁ…ۡوَٰŁ„َكُŁ… ŲØَيۡنَكُŁ… ŲØِٱلۡŲØَٰŲ·ِŁ„ِ Ų„ِŁ„َّŲ§ٓ Ų£َن ŲŖَكُŁˆŁ†َ ŲŖِŲ¬َٰŲ±َŲ©ً Ų¹َن ŲŖَŲ±َŲ§Ų¶ٖ Ł…ِّŁ†ŁƒُŁ…ۡۚ وَŁ„َŲ§ ŲŖَŁ‚ۡŲŖُŁ„ُوٓŲ§ْ Ų£َنفُŲ³َكُŁ…ۡۚ Ų„ِنَّ ٱللَّهَ كَانَ ŲØِكُŁ…ۡ Ų±َŲ­ِŁŠŁ…ٗا٢٩ وَŁ…َن يَفۡŲ¹َŁ„ۡ Ų°َٰŁ„ِكَ Ų¹ُŲÆۡوَٰنٗŲ§ وَŲøُŁ„ۡŁ…ٗŲ§ فَŲ³َوۡفَ نُŲµۡŁ„ِŁŠŁ‡ِ نَŲ§Ų±ٗŲ§ۚ وَكَانَ Ų°َٰŁ„ِكَ Ų¹َŁ„َى ٱللَّهِ يَŲ³ِيرًا٣٠ Ų„ِن ŲŖَŲ¬ۡŲŖَنِŲØُواْ كَŲØَŲ§ٓŲ¦ِŲ±َ Ł…َŲ§ ŲŖُنۡهَوۡنَ Ų¹َنۡهُ نُكَفِّŲ±ۡ Ų¹َŁ†ŁƒُŁ…ۡ Ų³َيِّ‍َٔŲ§ŲŖِكُŁ…ۡ وَنُŲÆۡŲ®ِŁ„ۡكُŁ… Ł…ُّŲÆۡŲ®َŁ„ٗŲ§ كَŲ±ِŁŠŁ…ٗا٣ٔ﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali melalui jalan perniagaan yang berlaku dengan redha (suka sama suka) antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri; sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepada kamu. (29) Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan melanggar hak dan berlaku zalim, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka. Perkara yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (30) Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar antara dosa-dosa yang kamu dilarang mengerjakannya, nescaya Kami menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu (dosa-dosa kamu yang kecil) dan Kami memasukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga). (31)” (Surah al-Nisa’: 29-31)

Islam meletakkan aspek agama dan akhlak yang mempunyai perhitungan senarai dosa dan pahala, serta aspek moral dan jenayah dalam setiap sudut kegiatan bermasyarakat, termasuklah aspek ekonomi dan politik. Justeru, Islam menegaskan bahawa segala aktiviti itu berkait rapat dengan perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW yang wajib diuruskan melalui aspek politik. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan oleh firman Allah SWT:

﴿ٱلَّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų„ِن Ł…َّكَّنَّٰهُŁ…ۡ فِي ٱلۡŲ£َŲ±ۡŲ¶ِ Ų£َŁ‚َŲ§Ł…ُواْ ٱلصَّŁ„َوٰŲ©َ وَŲ”َŲ§ŲŖَوُŲ§ْ ٱلزَّكَوٰŲ©َ وَŲ£َŁ…َŲ±ُواْ ŲØِٱلۡŁ…َŲ¹ۡŲ±ُوفِ وَنَهَوۡŲ§ْ Ų¹َنِ ٱلۡŁ…ُŁ†ŁƒَŲ±ِۗ وَŁ„ِŁ„َّهِ Ų¹َٰŁ‚ِŲØَŲ©ُ ٱلۡŲ£ُŁ…ُورِ٤ٔ﴾

“(Iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (mempunyai kuasa politik untuk memerintah negara), nescaya mereka mendirikan sembahyang (beribadat), menunaikan zakat (berekonomi), menyuruh berbuat perkara yang ma‘ruf (berkebajikan) dan mencegah daripada perbuatan yang mungkar (amanah kedaulatan undang-undang); dan kepada Allah jua kembali segala urusan (berwawasan akhirat).” (Surah al-Hajj: 41)

Berdasarkan ayat di atas, Islam menegaskan adanya hubungan aspek ibadat dalam ekonomi dan politik yang melibatkan elemen jasad, roh dan harta, sama ada oleh individu atau masyarakat yang ada kaitan dengan balasan pada Hari Akhirat kelak.

Al-Quran menyatakan konsep ekonomi masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai agama dan bermasyarakat madani, sebagaimana firman Allah SWT:

﴿Ł…َّŲ§ٓ Ų£َفَŲ§ٓŲ”َ ٱللَّهُ Ų¹َŁ„َىٰ Ų±َŲ³ُŁˆŁ„ِهِŪ¦ Ł…ِنۡ Ų£َهۡŁ„ِ ٱلۡŁ‚ُŲ±َىٰ فَŁ„ِŁ„َّهِ وَŁ„ِلرَّŲ³ُŁˆŁ„ِ وَŁ„ِŲ°ِي ٱلۡŁ‚ُŲ±ۡŲØَىٰ وَٱلۡيَŲŖَٰŁ…َىٰ وَٱلۡŁ…َŲ³َٰكِŁŠŁ†ِ وَٱبۡنِ ٱلسَّŲØِŁŠŁ„ِ كَيۡ Ł„َŲ§ يَكُŁˆŁ†َ ŲÆُŁˆŁ„َŲ©َۢ ŲØَيۡنَ ٱلۡŲ£َŲŗۡنِيَŲ§ٓŲ”ِ Ł…ِŁ†ŁƒُŁ…ۡۚ وَŁ…َŲ§ٓ Ų”َŲ§ŲŖَىٰكُŁ…ُ ٱلرَّŲ³ُŁˆŁ„ُ فَŲ®ُŲ°ُŁˆŁ‡ُ وَŁ…َŲ§ نَهَىٰكُŁ…ۡ Ų¹َنۡهُ فَٱنتَهُواْۚ وَٱتَّŁ‚ُواْ ٱللَّهَۖ Ų„ِنَّ ٱللَّهَ Ų“َŲÆِيدُ ٱلۡŲ¹ِŁ‚َŲ§ŲØِ٧﴾

“Apa sahaja harta rampasan (fai’) yang diberikan Allah kepada Rasul-Nya (daripada harta benda) milik penduduk kota, maka adalah ia tertentu untuk Allah, dan untuk Rasul, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan orang-orang yang berada dalam perjalanan (musafir yang keputusan bekalan); (ketetapan sedemikian) supaya harta itu tidak beredar antara orang-orang kaya dalam kalangan kamu sahaja. Dan apa jua perintah yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah (serta amalkanlah). Dan apa jua yang dilarangnya bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amat keras hukuman-Nya.” (Surah al-Hashr: 7)

Islam menegaskan konsep masyarakat majmuk dalam ekonomi yang adil melalui pelaksanaan zakat yang diwajibkan kepada para penganut Islam sahaja, berkonsepkan ibadat harta, serta pengagihannya.

Adapun pengagihan harta fai’ pula, asalnya daripada milik bukan Islam yang dilaksanakan melalui percukaian dan jizyah (cukai keselamatan diri) seperti zakat fitrah kepada penganut Islam. Pada masa yang sama, fai’ juga merangkumi pengeluaran kharaj (cukai hasil pertanian) dan ‘usyur (cukai perniagaan) yang turut dikenakan kepada penganut Islam dalam bentuk zakat yang menjadi rukun agama yang tidak boleh dihapuskan. Adapun cukai daripada bukan Islam pula boleh dihapuskan apabila hasil sesebuah negara telah mencukupi. Semuanya wajib dibelanjakan dengan adil kepada semua.

Selain itu, Islam juga melarang konsep melampau dalam ekonomi berpandukan firman Allah SWT:

﴿وَŁ„َوۡ ŲØَŲ³َŲ·َ ٱللَّهُ ٱلرِّŲ²ۡŁ‚َ Ł„ِŲ¹ِŲØَŲ§ŲÆِهِŪ¦ Ł„َŲØَŲŗَوۡŲ§ْ فِي ٱلۡŲ£َŲ±ۡŲ¶ِ وَŁ„َٰكِن يُنَŲ²ِّŁ„ُ ŲØِŁ‚َŲÆَŲ±ٖ Ł…َّŲ§ يَŲ“َŲ§ٓŲ”ُۚ Ų„ِنَّهُŪ„ ŲØِŲ¹ِŲØَŲ§ŲÆِهِŪ¦ Ų®َŲØِيرُۢ ŲØَŲµِيرٞ٢٧ وَهُوَ ٱلَّŲ°ِي يُنَŲ²ِّŁ„ُ ٱلۡŲŗَيۡŲ«َ Ł…ِنۢ ŲØَŲ¹ۡŲÆِ Ł…َŲ§ Ł‚َنَŲ·ُواْ وَيَنُؓŲ±ُ Ų±َŲ­ۡŁ…َŲŖَهُŪ„ۚ وَهُوَ ٱلۡوَŁ„ِيُّ ٱلۡŲ­َŁ…ِيدُ٢٨﴾

“Dan jikalau Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya, tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi; tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya, Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba-Nya, lagi Maha Melihat. (27) Dan Dialah yang menurunkan hujan sesudah mereka berputus asa dan menyebarkan rahmat-Nya; dan Dialah yang Maha Pelindung lagi Maha Terpuji. (28)” (Surah al-Syura: 27-28)

Perkara ini sekali gus menunjukkan betapa Allah itu Maha Adil dengan memberikan rezeki supaya ia diuruskan oleh manusia dengan akal, ilmu dan pengalaman. Seterusnya berpandukan hidayah supaya tidak tergelincir dan tidak melampau daripada asas maqasid al-syari‘ah.

Islam menegaskan bahawa kegiatan ekonomi termasuk daripada sebahagian amalan baik manusia di sisi Allah SWT. Perkara ini dijelaskan melalui sabda Rasulullah SAW:

Ł…َŲ§ Ł…ِنْ Ł…ُŲ³ْŁ„ِŁ…ٍ يَŲŗْŲ±ِŲ³ُ ŲŗَŲ±ْŲ³ًŲ§ Ų£َوْ يَŲ²ْŲ±َŲ¹ُ Ų²َŲ±ْŲ¹ًŲ§ فَيَŲ£ْكُŁ„ُ Ł…ِنْهُ Ų„ِنْŲ³َانٌ Ų£َوْ Ų·َيْŲ±ٌ Ų£َوْ ŲØَهِŁŠŁ…َŲ©ٌ Ų„ِŁ„َّŲ§ كَانَŲŖْ Ł„َهُ ŲµَŲÆَŁ‚َŲ©ٌ.

“Tiadalah seseorang Muslim yang menanam pokok atau tanaman lalu dimakan oleh burung atau binatang atau manusia, nescaya diberikan kepadanya pahala sedekah.” (Riwayat al-Tirmizi, no. 1303)

Demikian juga semua urusan ekonomi yang memberi kemudahan kepada masyarakat, manusia dan makhluk yang lain.

Rasulullah SAW pernah bersabda menyatakan tentang kelebihan berakhlak dalam kegiatan perniagaan sesama manusia yang akhirnya dapat memelihara diri daripada penyakit inflasi, menipu dan menindas. Sabda Baginda SAW:

‌Ų±َŲ­ِŁ…َ ‌اللَّهُ ‌Ų±َŲ¬ُŁ„ًŲ§ ‌Ų³َŁ…ْŲ­ًŲ§ ‌Ų„ِŲ°َŲ§ ‌ŲØَŲ§Ų¹َ، وَŲ„ِŲ°َŲ§ Ų§Ų“ْŲŖَŲ±َى، وَŲ„ِŲ°َŲ§ Ų§Ł‚ْŲŖَŲ¶َى.

“Allah memberi rahmat kepada seseorang yang bertimbang rasa ketika menjual, membeli dan meminta dibayarkan hutangnya.” (Riwayat al-Bukhari, no. 2076)

Malah, Rasulullah SAW juga turut menegaskan soal keberkatan rezeki daripada perniagaan, apabila ia dilakukan secara bermoral dengan sabdanya:

‌البَيِّŲ¹َانِ ‌ŲØِالخِيَŲ§Ų±ِ ‌Ł…َŲ§ ‌Ł„َŁ…ْ ‌يَŲŖَفَŲ±َّŁ‚َŲ§، فَŲ„ِنْ ŲµَŲÆَŁ‚َŲ§ وَŲØَيَّنَŲ§ ŲØُورِكَ Ł„َهُŁ…َŲ§ فِي ŲØَيْŲ¹ِهِŁ…َŲ§، وَŲ„ِنْ كَŲ°َŲØَŲ§ وَكَŲŖَŁ…َŲ§ Ł…ُŲ­ِŁ‚َŲŖْ ŲØَŲ±َكَŲ©ُ ŲØَيْŲ¹ِهِŁ…َŲ§.

“Dua pihak yang berjual beli diberikan pilihan (untuk membatalkan urus niaga), selagi mereka tidak berpisah. Jika mereka berdua berlaku benar dan berterus terang (tidak menipu), nescaya mereka berdua diberkati. Namun, jika mereka menyorokkan sesuatu (tidak telus) dan berbohong, nescaya akan dihapuskan keberkatannya (urus niaga mereka).” (Riwayat al-Bukhari, no. 2079 dan Muslim, no. 1532)

Allah SWT menegaskan konsep kesederhanaan dalam perbelanjaan melalui firman-Nya:

﴿وَŁ„َŲ§ ŲŖَŲ¬ۡŲ¹َŁ„ۡ يَŲÆَكَ Ł…َŲŗۡŁ„ُŁˆŁ„َŲ©ً Ų„ِŁ„َىٰ Ų¹ُنُŁ‚ِكَ وَŁ„َŲ§ ŲŖَŲØۡŲ³ُŲ·ۡهَŲ§ كُŁ„َّ ٱلۡŲØَŲ³ۡŲ·ِ فَŲŖَŁ‚ۡŲ¹ُŲÆَ Ł…َŁ„ُŁˆŁ…ٗŲ§ Ł…َّŲ­ۡŲ³ُورًا٢٩ Ų„ِنَّ Ų±َŲØَّكَ يَŲØۡŲ³ُŲ·ُ ٱلرِّŲ²ۡŁ‚َ Ł„ِŁ…َن يَŲ“َŲ§ٓŲ”ُ وَيَŁ‚ۡŲÆِŲ±ُۚ Ų„ِنَّهُŪ„ كَانَ ŲØِŲ¹ِŲØَŲ§ŲÆِهِŪ¦ Ų®َŲØِيرَۢŲ§ ŲØَŲµِيرٗا٣٠﴾

“Dan janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu (bakhil) dan janganlah kamu terlalu menghulurkannya (boros), kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal. (29) Sesungguhnya, Tuhanmu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (30)” (Surah al-Isra’: 29-30)

Islam menegaskan tentang pengharaman rasuah dengan menjelaskan sempadan halal dan haram dalam kegiatan ekonomi. Firman Allah SWT:

﴿وَŁ„َŲ§ ŲŖَŲ£ۡكُŁ„ُوٓŲ§ْ Ų£َŁ…ۡوَٰŁ„َكُŁ… ŲØَيۡنَكُŁ… ŲØِٱلۡŲØَٰŲ·ِŁ„ِ وَŲŖُŲÆۡŁ„ُواْ ŲØِهَŲ§ٓ Ų„ِŁ„َى ٱلۡŲ­ُكَّŲ§Ł…ِ Ł„ِŲŖَŲ£ۡكُŁ„ُواْ فَŲ±ِŁŠŁ‚ٗŲ§ Ł…ِّنۡ Ų£َŁ…ۡوَٰŁ„ِ ٱلنَّŲ§Ų³ِ ŲØِٱلۡŲ„ِŲ«ۡŁ…ِ وَŲ£َنتُŁ…ۡ ŲŖَŲ¹ۡŁ„َŁ…ُŁˆŁ†َٔ٨٨﴾

“Dan janganlah sebahagian daripada kalangan kamu memakan harta sebahagian yang lain antara kamu dengan jalan yang batil; dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim (pihak yang berkuasa), supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 188)

Islam menghalalkan sebarang urusan perniagaan, di samping mengharamkan amalan riba dengan keras kerana perbuatan itu bersifat menindas. Perkara ini dihuraikan oleh firman Allah SWT:

﴿ٱلَّŲ°ِŁŠŁ†َ يَŲ£ۡكُŁ„ُŁˆŁ†َ ٱلرِّŲØَوٰŲ§ْ Ł„َŲ§ يَŁ‚ُŁˆŁ…ُŁˆŁ†َ Ų„ِŁ„َّŲ§ كَŁ…َŲ§ يَŁ‚ُŁˆŁ…ُ ٱلَّŲ°ِي يَŲŖَŲ®َŲØَّŲ·ُهُ ٱلَّؓيۡŲ·َٰنُ Ł…ِنَ ٱلۡŁ…َŲ³ِّۚ Ų°َٰŁ„ِكَ ŲØِŲ£َنَّهُŁ…ۡ Ł‚َŲ§Ł„ُوٓŲ§ْ Ų„ِنَّŁ…َŲ§ ٱلۡŲØَيۡŲ¹ُ Ł…ِŲ«ۡŁ„ُ ٱلرِّŲØَوٰŲ§ْۗ وَŲ£َŲ­َŁ„َّ ٱللَّهُ ٱلۡŲØَيۡŲ¹َ وَŲ­َŲ±َّŁ…َ ٱلرِّŲØَوٰŲ§ْۚ فَŁ…َن Ų¬َŲ§ٓŲ”َهُŪ„ Ł…َوۡŲ¹ِŲøَŲ©ٞ Ł…ِّن Ų±َّŲØِّهِŪ¦ فَٱنتَهَىٰ فَŁ„َهُŪ„ Ł…َŲ§ Ų³َŁ„َفَ وَŲ£َŁ…ۡŲ±ُهُŪ„ٓ Ų„ِŁ„َى ٱللَّهِۖ وَŁ…َنۡ Ų¹َŲ§ŲÆَ فَŲ£ُوْŁ„َٰٓŲ¦ِكَ Ų£َŲµۡŲ­َٰŲØُ ٱلنَّŲ§Ų±ِۖ هُŁ…ۡ فِŁŠŁ‡َŲ§ Ų®َٰŁ„ِŲÆُŁˆŁ†َ٢٧ل يَŁ…ۡŲ­َŁ‚ُ ٱللَّهُ ٱلرِّŲØَوٰŲ§ْ وَيُŲ±ۡŲØِي ٱلصَّŲÆَŁ‚َٰŲŖِۗ وَٱللَّهُ Ł„َŲ§ يُŲ­ِŲØُّ كُŁ„َّ كَفَّŲ§Ų±ٍ Ų£َŲ«ِŁŠŁ…ٍ٢٧٦ Ų„ِنَّ ٱلَّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų”َŲ§Ł…َنُواْ وَŲ¹َŁ…ِŁ„ُواْ ٱلصَّٰŁ„ِŲ­َٰŲŖِ وَŲ£َŁ‚َŲ§Ł…ُواْ ٱلصَّŁ„َوٰŲ©َ وَŲ”َŲ§ŲŖَوُŲ§ْ ٱلزَّكَوٰŲ©َ Ł„َهُŁ…ۡ Ų£َŲ¬ۡŲ±ُهُŁ…ۡ Ų¹ِندَ Ų±َŲØِّهِŁ…ۡ وَŁ„َŲ§ Ų®َوۡفٌ Ų¹َŁ„َيۡهِŁ…ۡ وَŁ„َŲ§ هُŁ…ۡ يَŲ­ۡŲ²َنُŁˆŁ†َ٢٧٧ يَٰٓŲ£َيُّهَŲ§ ٱلَّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų”َŲ§Ł…َنُواْ ٱتَّŁ‚ُواْ ٱللَّهَ وَŲ°َŲ±ُواْ Ł…َŲ§ ŲØَŁ‚ِيَ Ł…ِنَ ٱلرِّŲØَوٰٓŲ§ْ Ų„ِن كُنتُŁ… Ł…ُّŲ¤ۡŁ…ِنِŁŠŁ†َ٢٧٨ فَŲ„ِن Ł„َّŁ…ۡ ŲŖَفۡŲ¹َŁ„ُواْ فَŲ£ۡŲ°َنُواْ ŲØِŲ­َŲ±ۡŲØٖ Ł…ِّنَ ٱللَّهِ وَŲ±َŲ³ُŁˆŁ„ِهِŪ¦ۖ وَŲ„ِن ŲŖُŲØۡŲŖُŁ…ۡ فَŁ„َكُŁ…ۡ Ų±ُŲ”ُوسُ Ų£َŁ…ۡوَٰŁ„ِكُŁ…ۡ Ł„َŲ§ ŲŖَŲøۡŁ„ِŁ…ُŁˆŁ†َ وَŁ„َŲ§ ŲŖُŲøۡŁ„َŁ…ُŁˆŁ†َ٢٧٩﴾

“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan, lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama sahaja dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan daripada Tuhannya, lalu terus berhenti (daripada mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. (275) Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah sekali-kali tidak menyukai setiap orang yang tetap berada dalam kekafiran, dan selalu berbuat dosa. (276) Sesungguhnya, orang-orang yang beriman, mengerjakan amal soleh, mendirikan solat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tiada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (277) Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. (278) Maka, jika kamu tidak mengerjakannya (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (daripada pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiayai. (279)” (Surah al-Baqarah: 275-279)

Islam merupakan agama yang paling keras mengharamkan sebarang muamalat berunsurkan riba yang menjadi budaya sehingga menyebabkan ramai yang suka berhutang dan mengamalkannya dalam urusan jual beli. Sehinggakan, ia dilakukan dalam keadaan melampau dan rakus. Kini, telah berleluasa sehingga ke peringkat pemerintahan sebuah negara, bukan sahaja berlaku peringkat rakyat, sama ada individu atau bersyarikat.

Sesungguhnya, kegiatan ekonomi sangat berkait dengan iman, amal ibadat, akhlak dan batas halal dan haram. Oleh itu, Islam mengharamkan penipuan dalam peniagaan dengan keras. Firman Allah SWT:

﴿وَيۡŁ„ٞ Ł„ِّŁ„ۡŁ…ُŲ·َفِّفِŁŠŁ†َŁ” ٱلَّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų„ِŲ°َŲ§ ٱكۡŲŖَŲ§Ł„ُواْ Ų¹َŁ„َى ٱلنَّŲ§Ų³ِ يَŲ³ۡŲŖَوۡفُŁˆŁ†َŁ¢ وَŲ„ِŲ°َŲ§ كَŲ§Ł„ُŁˆŁ‡ُŁ…ۡ Ų£َو وَّŲ²َنُŁˆŁ‡ُŁ…ۡ يُŲ®ۡŲ³ِŲ±ُŁˆŁ†َŁ£ Ų£َŁ„َŲ§ يَŲøُنُّ Ų£ُوْŁ„َٰٓŲ¦ِكَ Ų£َنَّهُŁ… Ł…َّŲØۡŲ¹ُوثُŁˆŁ†َ٤ Ł„ِيَوۡŁ…ٍ Ų¹َŲøِŁŠŁ…ٖŁ„ يَوۡŁ…َ يَŁ‚ُŁˆŁ…ُ ٱلنَّŲ§Ų³ُ Ł„ِŲ±َŲØِّ ٱلۡŲ¹َٰŁ„َŁ…ِŁŠŁ†َ٦﴾

“Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan). (1) (Iaitu) orang-orang yang apabila menerima sukatan daripada orang lain, mereka minta dipenuhi. (2) Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka menguranginya. (3) Tidakkah orang-orang itu menyangka, bahawa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah matai)? (4) Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya). (5) (Iaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam? (6)” (Surah al-Mutaffifin: 1-6)

Islam memberikan amaran keras terhadap mereka yang tidak menunaikan kewajipan bermasyarakat dalam pengagihan ekonomi, sebagaimana yang disebutkan melalui banyak ayat al-Quran. Antaranya, firman Allah SWT:

﴿Ų£َŲ±َŲ”َيۡŲŖَ ٱلَّŲ°ِي يُكَŲ°ِّŲØُ ŲØِٱلدِّŁŠŁ†ِŁ” فَŲ°َٰŁ„ِكَ ٱلَّŲ°ِي يَŲÆُŲ¹ُّ ٱلۡيَŲŖِŁŠŁ…َŁ¢ وَŁ„َŲ§ يَŲ­ُŲ¶ُّ Ų¹َŁ„َىٰ Ų·َŲ¹َŲ§Ł…ِ ٱلۡŁ…ِŲ³ۡكِŁŠŁ†ِŁ£ فَوَيۡŁ„ٞ Ł„ِّŁ„ۡŁ…ُŲµَŁ„ِّŁŠŁ†َ٤ ٱلَّŲ°ِŁŠŁ†َ هُŁ…ۡ Ų¹َن ŲµَŁ„َŲ§ŲŖِهِŁ…ۡ Ų³َاهُŁˆŁ†َŁ„ ٱلَّŲ°ِŁŠŁ†َ هُŁ…ۡ يُŲ±َŲ§ٓŲ”ُŁˆŁ†َ٦ وَيَŁ…ۡنَŲ¹ُŁˆŁ†َ ٱلۡŁ…َŲ§Ų¹ُŁˆŁ†َ٧﴾

“Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? (1) Itulah orang yang mengherdik anak yatim. (2) Dan tidak menganjurkan untuk memberi makanan kepada orang miskin. (3) Maka, kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat. (4) (Iaitu) orang-orang yang lalai daripada menyempurnakan solatnya. (5) (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya). (6) Dan enggan memberikan pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya). (7)” (Surah al-Ma‘un: 1-7)

Urusan ekonomi termasuk dalam senarai bersama yang melibatkan aspek beriman dan beribadat yang mempunyai perhitungan dosa dan pahala, amal soleh dan amal jahat. Aspek inilah yang memberikan sifat taqwa yang menentukan martabat manusia di sisi Allah SWT.

Islam mengharamkan sekeras-kerasnya perbuatan golongan yang mengumpulkan harta tanpa menunaikan kewajipan bermasyarakat. Hal ini telah dinyatakan oleh firman Allah SWT:

﴿يَٰٓŲ£َيُّهَŲ§ ٱلَّŲ°ِŁŠŁ†َ Ų”َŲ§Ł…َنُوٓŲ§ْ Ų„ِنَّ كَŲ«ِيرٗŲ§ Ł…ِّنَ ٱلۡŲ£َŲ­ۡŲØَŲ§Ų±ِ وَٱلرُّهۡŲØَانِ Ł„َيَŲ£ۡكُŁ„ُŁˆŁ†َ Ų£َŁ…ۡوَٰŁ„َ ٱلنَّŲ§Ų³ِ ŲØِٱلۡŲØَٰŲ·ِŁ„ِ وَيَŲµُŲÆُّŁˆŁ†َ Ų¹َن Ų³َŲØِŁŠŁ„ِ ٱللَّهِۗ وَٱلَّŲ°ِŁŠŁ†َ يَكۡنِŲ²ُŁˆŁ†َ ٱلذَّهَŲØَ وَٱلۡفِŲ¶َّŲ©َ وَŁ„َŲ§ يُنفِŁ‚ُŁˆŁ†َهَŲ§ فِي Ų³َŲØِŁŠŁ„ِ ٱللَّهِ فَŲØَŲ“ِّŲ±ۡهُŁ… ŲØِŲ¹َŲ°َŲ§ŲØٍ Ų£َŁ„ِŁŠŁ…ٖ٣٤ يَوۡŁ…َ يُŲ­ۡŁ…َىٰ Ų¹َŁ„َيۡهَŲ§ فِي نَŲ§Ų±ِ Ų¬َهَنَّŁ…َ فَŲŖُكۡوَىٰ ŲØِهَŲ§ Ų¬ِŲØَاهُهُŁ…ۡ وَŲ¬ُنُوبُهُŁ…ۡ وَŲøُهُورُهُŁ…ۡۖ هَٰŲ°َŲ§ Ł…َŲ§ كَنَŲ²ۡŲŖُŁ…ۡ Ł„ِŲ£َنفُŲ³ِكُŁ…ۡ فَŲ°ُŁˆŁ‚ُواْ Ł…َŲ§ كُنتُŁ…ۡ ŲŖَكۡنِŲ²ُŁˆŁ†َ٣ل﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya sebahagian besar daripada orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan batil dan mereka menghalangi (manusia) daripada jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) seksa yang pedih. (34) Pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka Jahanam, lalu dibakar dengannya dahi, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: ‘Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat daripada) apa yang kamu simpan itu.’ (35)” (Surah al-Tawbah: 34-35)

Islam juga mengharamkan pihak yang berkenaan mengambil zakat dan cukai secara melampau. Sabda Rasulullah SAW:

‌فَŲ£َŲ®ْŲØِŲ±ْهُŁ…ْ ‌Ų£َنَّ ‌اللَّهَ ‌Ł‚َŲÆْ ‌فَŲ±َŲ¶َ ‌Ų¹َŁ„َيْهِŁ…ْ ‌ŲµَŲÆَŁ‚َŲ©ً، ŲŖُŲ¤ْŲ®َŲ°ُ Ł…ِنْ Ų£َŲŗْنِيَŲ§Ų¦ِهِŁ…ْ، فَŲŖُŲ±َŲÆُّ Ų¹َŁ„َى فُŁ‚َŲ±َŲ§Ų¦ِهِŁ…ْ، فَŲ„ِنْ هُŁ…ْ Ų£َŲ·َŲ§Ų¹ُوا Ł„َكَ ŲØِŲ°َŁ„ِكَ، فَŲ„ِيَّاكَ وَكَŲ±َŲ§Ų¦ِŁ…َ Ų£َŁ…ْوَŲ§Ł„ِهِŁ…ْ، وَŲ§ŲŖَّŁ‚ِ ŲÆَŲ¹ْوَŲ©َ Ų§Ł„ْŁ…َŲøْŁ„ُŁˆŁ…ِ، فَŲ„ِنَّهُ Ł„َيْŲ³َ ŲØَيْنَهُ وَŲØَيْنَ اللَّهِ Ų­ِŲ¬َŲ§ŲØٌ.

“Beritahu kepada mereka bahawa Allah mewajibkan bayaran harta berupa sumbangan sedekah daripada orang-orang kaya supaya ia diberikan kepada mereka yang memerlukan pertolongan daripada kalangan mereka. Jika mereka mematuhinya, jangan melampau terhadap harta mereka. Takutilah doa orang yang dizalimi, kerana Allah menerima doanya tanpa ada sebarang halangan.” (Riwayat al-Bukhari, no. 1496)

Dasar dan konsep ekonomi Islam yang diperkenalkan berjaya menyelamatkan manusia yang terbelenggu pada zaman feudal yang ketika itu menguasai masyarakat majmuk. Keadaan ini menjadikan kedatangan Islam diterima dengan redha oleh majoriti rakyat masyarakat majmuk di seluruh wilayah yang diperintah oleh Islam.

Mereka menerima kedatangan Islam sebagai penyelamat, bukannya penjajah. Oleh yang demikian, pengaruh ajaran Islam berjaya menembusi dan menjatuhkan wilayah kuasa-kuasa besar bersama sokongan rakyat yang ditindas dengan zalim.

Namun begitu, sejarah kerajaan Islam yang adil kepada semua kini disalah faham dan difitnah, sehinggakan mencetuskan penyakit Islamofobia. Islam dimusuhi bukan kerana adanya sifat yang ganas, zalim dan peperangan yang sebenarnya dipaksa terhadap Islam oleh musuh-musuh Islam, tetapi kerana dengki dan dendam yang salah, lalu disebarkan fitnah terhadap Islam.

Kita juga telah menyaksikan kegagalan fahaman sosialisme dan komunisme yang telah menjatuhkan kuasa besar dunia yang menghayati fahaman tersebut, setelah mereka gagal mencapai tujuan yang dinyatakan dalam kempennya untuk menggantikan kapitalisme. Hal ini demikian kerana, adanya ciri-ciri fahaman tersebut yang berlawanan dengan fitrah manusia.

Bahkan, kini kita juga sedang menyaksikan tanda-tanda merudumnya liberal kapitalisme atas sebab-sebab yang sama.

Sesungguhnya, Islam adalah petunjuk Allah SWT yang sempurna kepada manusia dalam segala aspek mengikut fitrahnya. Perkara yang tidak memenuhi fitrah atau memisahkan ciri-cirinya yang berkaitan akan membawa kemusnahan hidup dan merosakkan peranan serta tujuan mereka diciptakan.

Liberal kapitalisme yang menjadikan kebebasan individu untuk mewujudkan perlumbaan ekonomi bagi menggalakkan kepesatannya juga tersungkur akibat kerakusan perlumbaannya. Keadaan ini berlaku disebabkan bebanan hutang yang menjadi pintu yang terbuka luas, dan riba yang rakus pula dihalalkan tanpa perhitungan moral melalui hasil maksiat yang menjadi baja kesuburannya.

Akibatnya, berlaku keruntuhan moral kemanusiaan yang merosakkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Pada masa yang sama, berlakunya perlumbaan ekonomi di peringkat antarabangsa yang merosakkan keamanan dunia, mengakibatkan penindasan, penjajahan dan mencetuskan peperangan, termasuklah perlumbaan senjata pemusnah yang dahsyat.

Sosialisme juga meruntuhkan ekonomi negara, diikuti dengan keruntuhan negara itu sendiri sehingga ia hancur berkecai. Walaupun wujud campur tangan negara secara langsung dalam kegiatan ekonominya, namun negara itu terpaksa diselamatkan dengan diadakan pembaharuan yang lari daripada teori asasnya kepada pendekatan lebih pragmatik yang memberikan kebebasan individu ala liberal kapitalisme.

Keadaan sedemikian, sekali gus mendedahkan kepalsuan keadilan sosial yang menjadi propagandanya. Hal ini disebabkan fitrah individualistik yang bernafsu tanpa agama, maka mereka telah mencipta golongan kapitalis yang lebih besar daripada negara liberal kapitalis.

Susulan daripada itu, mereka telah keluar ke dunia antarabangsa dan bersama-sama melakukan perlumbaan yang rakus bersama negara liberal kapitalisme yang mencipta penjajahan baharu (new colonialism). Maka, berlakunya kerakusan perlumbaan dan pertembungan yang boleh mengulangi dua Perang Dunia yang pernah berlaku pada abad yang lalu oleh sebab yang sama.

Oleh sebab itu, Islam perlu tampil menjadi penyelamat dengan penyaksiannya yang pernah berjaya dalam sejarah zaman keemasannya, bukan sekadar teori yang masih berada pada peringkat percubaan yang gagal seperti dua teori yang berlawanan yang disebutkan sebelum ini. Malangnya, negara umat Islam sendiri mengambil penyelesaian ekonomi yang diimport daripada dua ideologi tersebut, selepas mereka berjaya memerintah sendiri. Keadaan ini menunjukkan pemikirannya masih tidak merdeka.

Oleh itu, mereka menanggung akibat daripada kelemahannya yang tidak menyelesaikan masalah, walaupun mendapat kurniaan Allah SWT dengan hidayah agama serta kekayaan sumber bumi dan tenaga manusianya.

ABDUL HADI AWANG ialah Presiden PAS

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Belanjawan 2023: Perlu bersifat manusiawi - ABIM



KUALA LUMPUR: Pendekatan Belanjawan Malaysia Madani perlu menyentuh aspek kemakmuran hidup rakyat dalam konteks yang lebih besar daripada sekadar ukuran pada angka.

Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, ia perlu bersifat manusiawi supaya setiap seorang rakyat di negara ini dapat menikmati hasil negara untuk hidup yang lebih sejahtera.

Tegasnya, titik-titik buta atau pautan yang hilang antara jurang masyarakat perlu dilihat dan disambungkan supaya jalinan itu wujud dan mengukuh sekaligus tiada anggota masyarakat yang tertinggal dan dikesampingkan.

“Kebiasaan kita melihat kayu ukur ekonomi kita pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebelum menentukan hala tuju dasar kita.

“Tapi dalam kerangka Madani, saya fikir kita perlu melihat bagaimana pendekatan Belanjawan Malaysia Madani ini mengangkat tema ekonomi manusiawi dalam konteks yang lebih besar.

“Tidak hanya kepada soal angka-angka tetapi melihat kepada bagaimana kita boleh terus pergi kepada mereka di bawah, jurang antara mereka dan titik buta yang ada,” katanya dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.

Oleh hal yang demikian, beliau berpendapat bahawa pendekatan pemukiman sepertimana yang dilakukan antara Perdana Menteri dengan menteri-menteri Kabinetnya perlu juga dibawa ke peringkat menteri dengan agensi-agensi di bawahnya.

Dengan itu, realiti keadaan di peringkat masyarakat terbawah dapat sampai ke peringkat kepimpinan teratas lantas wujud pemahaman dan harapnya bersama empati supaya dasar yang tepat dapat dilaksanakan untuk meningkatkan tarap kehidupan kumpulan masyarakat berkenaan.

“Orang di Putrajaya tak sama dengan orang di Kuala Berang, jadi kayu ukur (tahap kesejahteraan rakyat) itu perlu melihat kepada konteks yang ‘real’.”



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Belanjawan 2023: Naikkan harga lantai getah RM4 sekilogram



RANTAU PANJANG: Penoreh getah meminta kerajaan menstabilkan harga getah dengan menaikkan harga lantai sekurang-kurangnya RM4 sekilogram dalam Belanjawan 2023 yang dibentangkan semula hari ini. Tinjauan Utusan Malaysia di sini mendapati, rata-rata mereka mengharapkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian kepada isu harga lantai getah.

Penoreh getah, Omar Ahmad, 61, berkata, harga bagi satu kilogram getah beku ketika ini hanya antara RM2 hingga RM2.50. Ads by Kiosked Dia berharap kerajaan menaikkan harga getah sekurang-kurangnya RM4 sekilogram bagi meningkatkan pendapatan penoreh.

“Dengan harga getah RM2.50 sekilogram ini nak tukar dengan sekilogram gula tak lepas, kalau nak beli ikan selayang pula kami perlu ada getah beku lima kilogram. Sangat perit untuk kami meneruskan kelangsungan hidup ketika semua barang asas naik harga sekarang,” katanya ketika ditemui di Kampung Tanjong Erat Lubok Stol di sini, semalam.

Menurutnya, dia yang bergantung pendapatan secara pawah atau mengambil upah menoreh terpaksa berkongsi hasil pendapatan dengan pemilik kebun mengakibatkan sering kesempitan wang untuk menyara keluarga. Katanya, pendapatan sebulan sekitar RM600 dan terpaksa dibahagi dua dengan pemilik.

“Sekiranya harga getah dinaikkan, kami penoreh getah boleh menarik nafas lega untuk meneruskan kelangsungan hidup,” katanya. Bagi Azmi Jusoh, 54, pembentangan belanjawan kali ini diharapkan kerajaan tidak meminggirkan golongan penoreh getah.

Katanya, ketika harga getah jatuh ramai penoreh getah mula tukar kerjaya kerana tidak mampu menyara keluarga hasil menoreh getah. “Saya yakin jika harga getah naik, ramai yang akan menoreh getah semula yang merupakan pekerjaan warisan sekian lama,” katanya. – UTUSAN


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

Anwar bentang Belanjawan 2023 Malaysia Madani jam 4 petang ini



KUALA LUMPUR: Hari ini, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat. Ia belanjawan pertama dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Antara lain, Belanjawan 2023 Malaysia Madani pada Jumaat bakal mencuri perhatian rakyat memandangkan Anwar kembali untuk mengemukakan pelan nasional yang dijangka merangkumi peruntukan bagi bidang digitalisasi, sekuriti makanan dan industri kecil sederhana. 

 Perdana Menteri pada 20 Disember lalu membentangkan peruntukan khas (bajet mini) di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang berkuat kuasa 1 Januari 2023 bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650. 

Sebelum ini, Bajet 2023 yang disediakan kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak sempat dibahas dan diluluskan, sebelum terbubarnya Parlimen pada 10 Oktber 2022 bagi memberi laluan untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15). - Astro 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

FINAS harap Bajet 2023 beri fokus pada industri kreatif

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Seri Zurainah Musa.


KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta memberi tumpuan pada industri kreatif dalam Bajet 2023, khususnya bagi mengangkat industri perfileman negara ke peringkat antarabangsa. 

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Seri Zurainah Musa, berkata peruntukan daripada kerajaan bukan sahaja dapat membawa perfileman negara ke pentas antarabangsa, malah mampu mewujudkan perhubungan sihat dengan negara lain.

Beliau berkata, filem juga boleh meningkatkan setia kawan, membina hubungan orang ramai, di samping dapat memainkan peranan dalam meningkatkan ekonomi.

"Jika industri kreatif ini maju, ia dapat membantu dalam meningkatkan ekonomi dan pendapatan negara," katanya kepada pemberita pada sidang media Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM32), di sini, hari ini.

FFM32 bertujuan menjana jaringan dan kerjasama strategik antara kerajaan dan pemain industri kreatif, dengan pelaksanaan program mengangkat profesionalisme serta sebagai platform kebudayaan sinema kepada masyarakat melalui karya berkualiti.

FFM32 kali ini memilih lokasi di Encore, Melaka bagi mencerminkan kemajuan ekonomi negeri melalui pelaburan aktiviti perfileman serta pembangunan komuniti.

Acara itu boleh boleh disaksikan secara langsung di Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) TV2 pada 9 malam, 2 Disember ini. - BERNAMA






........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

Bajet 2023 : Ringkasan Intipati Kandungan Belanjawan Malaysia

TERKINI: Intipati Bajet 2023

šŸ“Œ Bantuan Keluarga Malaysia 2023

- Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
RM2,500 : Lebih 5 Anak 
RM1,000 - RM2,000: 1 - 4 Anak

- Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 - RM5,000
RM500 - RM1,250: 1 - 4 Anak (Bergantung bilangan anak)

- Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang 
RM600 / RM300 (Bergantung pendapatan)

- Bantuan tambahan untuk Ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500
RM500 (Tambahan)

šŸ“Œ e-Pemula M40 (RM100)

Kredit e-Wallet percuma RM100

Diberikan kepada:
- Kump. M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100 ribu
- Memanfaatkan 8 juta

šŸ“Œ e-Pemula Belia (RM200) 

Kredit e-Wallet percuma bernilai RM200

Diberikan kepada:
- Belia 18-20 tahun
- Pelajar sepenuh masa 21 tahun ke atas

šŸ“Œ Bantuan Awal Persekolahan 

Dinaikkan daripada RM100 kepada RM150

- Diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa

šŸ“Œ Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

20% untuk penyelesaian penuh
15% untuk penyelesaian 50% baki hutan
15% untuk bayaran secara potongan gaji

Bermula 1 Nov 2022 - 30 April 2023

šŸ“Œ Geran One-Off  RM1,000

Sejumlah RM1,000 geran akan diberikan kepada perusahaan kecil mikro sederhana (PKMS) berdaftar dan pemandu teksi berdaftar yang layak

šŸ“Œ Bonus Aidilfitri Penjawat Awam

Penjawat awam akan menerima bantuan khas kewangan Aidilfitri 2023 sebanyak RM600

šŸ“Œ Bayaran Khas One-Off RM500

Diberikan kepada:
- KAFA, Takmir, Imam, Bilal, Siak, Noja & Marbut

Info Penuh: https://www.mysumber.com/bajet-2023.html

#Bajet2023

Bajet 2023 : RMT dinaikkan kepada RM3.50 Semenanjung, RM4.00 Sabah Sarawak

Menteri Kanan Kewangan sebentar tadi mengumumkan bahawa Rancangan Makanan Tambahan untuk murid yang kurang berkemampuan dinaikkan kepada RM3.50 bagi semenanjung dan RM4.00 bagi Sabah dan Sarawak.

Berita ini sudah pasti memberi kelegaan kepada semua keluarga yang kurang berkemampuan dan pengusaha kantin.

Sebelum ini, jumlah peruntukan RMT hanyalah RM2.50, ia menyebabkan pengusaha kantin tidak dapat menyediakan makanan dengan kadar yang sepatutnya kerana terpaksa menanggung kos yang tinggi.

BAJET 2023 : Bantuan Awal Persekolahan RM150 Untuk Semua Murid

Menteri Kanan Kewangan sebentar tadi mengumumkan Bantuan Awal Persekolahan BAP akan dinaikkan kepada RM150 tanpa mengira jumlah pendapatan keluarga.

Ini bermakna semua murid layak menerima BAP RM150 ini. Sebagai contoh, jika ada 4 orang anak maka akan layak menerima RM600.

Perkara tersebut diumumkan oleh beliau dalam Pembentangan Bajet 2023 sebentar tadi. 

Bantuan Khas 2023 RM700 Untuk Penjawat Awam

Menteri Kanan Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebentar tadi telah mengumumkan Bantuan Khas Penjawat Awam bagi 2023 adalah sebanyak RM700, Bayaran khas kakitangan awam ini akan dibayar pada . 

Mereka yang layak adalah semua Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah.
Beliau membuat pengumuman itu tersebut dalam Pembentangan Belanjawan 2023 di Parlimen, yang sedang berlangsung ketika ini.

Selain daripada itu, Menteri Kanan Kewangan juga mengumumkan pemberian bayaran khas kepada pesara kerajaan sebanyak RM350.

Pemberian bayaran ini sekaligus dapat meringankan sedikit bebanan penjawat awam yang juga menanggung kos sara hidup yang tinggi.

Ia juga dapat membantu ibu bapa yang memerlukan kewangan tambahan khususnya untuk menampung perbelanjaan awal tahun persekolahan anak-anak.

Bajet 2023: Kadar cukai pendapatan individu dikurangkan

Kuala Lumpur: Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat hari ini mengumumkan khabar gembira buat satu juta pembayar cukai iaitu kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara lebih RM50,000 hingga RM100,000.

"Pertama: Banjaran pendapatan bercukai lebih RM50,000 hingga RM70,000 kadarnya diturunkan daripada 13 peratus kepada 11 peratus.

"Kedua: Banjaran pendapatan bercukai lebih RM70,000 hingga RM100,000, kadarnya diturunkan daripada 21 peratus kepada 19 peratus," katanya.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata banjaran pendapatan bercukai lebih RM250,000 hingga RM400,000 akan digabungkan dengan banjaran lebih RM400,000 hingga RM600,000 dan dikenakan kadar cukai 25 peratus.

"Dengan layanan khas cukai pendapatan ini, penjimatan cukai kumpulan pertengahan adalah sehingga RM1,000 dan untuk kumpulan teratas adalah sehingga RM250. Ini bermakna dianggarkan RM800 juta tersedia sebagai lebihan pendapatan yang dibelanjakan rakyat," katanya.

Menteri Kewangan itu ketika membentangkan belanjawan turut memaklumkan inisiatif e-Pemula M40 akan dilaksanakan iaitu tawaran kredit e-dompet sebanyak RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100,000 bagi membudayakan pembayaran tanpa tunai.

"Dianggarkan seramai lapan juta individu layak menuntut kredit ini dengan peruntukan disediakan RM800 juta.
© all rights reserved
made with by templateszoo