NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

FINAS harap Bajet 2023 beri fokus pada industri kreatif

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Seri Zurainah Musa.


KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta memberi tumpuan pada industri kreatif dalam Bajet 2023, khususnya bagi mengangkat industri perfileman negara ke peringkat antarabangsa. 

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Seri Zurainah Musa, berkata peruntukan daripada kerajaan bukan sahaja dapat membawa perfileman negara ke pentas antarabangsa, malah mampu mewujudkan perhubungan sihat dengan negara lain.

Beliau berkata, filem juga boleh meningkatkan setia kawan, membina hubungan orang ramai, di samping dapat memainkan peranan dalam meningkatkan ekonomi.

"Jika industri kreatif ini maju, ia dapat membantu dalam meningkatkan ekonomi dan pendapatan negara," katanya kepada pemberita pada sidang media Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM32), di sini, hari ini.

FFM32 bertujuan menjana jaringan dan kerjasama strategik antara kerajaan dan pemain industri kreatif, dengan pelaksanaan program mengangkat profesionalisme serta sebagai platform kebudayaan sinema kepada masyarakat melalui karya berkualiti.

FFM32 kali ini memilih lokasi di Encore, Melaka bagi mencerminkan kemajuan ekonomi negeri melalui pelaburan aktiviti perfileman serta pembangunan komuniti.

Acara itu boleh boleh disaksikan secara langsung di Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) TV2 pada 9 malam, 2 Disember ini. - BERNAMA






........
Komen: ........




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo