NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Belanjawan 2023: Perlu imbang antara rakyat dan kewangan negara



PETALING JAYA: Belanjawan 2023 bukan sahaja harus meringankan beban rakyat serta membasmi inflasi tetapi kewangan negara juga tidak harus terbeban.

Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Dr. Lee Nan Sang berkata, untuk itu kerajaan diingatkan supaya tidak menurunkan harga semua barang dan memberi inisiatif semata-mata untuk menggembirakan rakyat dan mengakibatkan beban kepada kewangan negara.

“Sudah semestinya Belanjawan 2023 ini harus memfokuskan untuk membantu rakyat, meringankan beban sara hidup mereka.

“Harga makanan meningkat di hampir semua premis makanan dan sekiranya harga tidak dinaikkan, hidangan yang diberi dikurangkan, mana-mana pun tetap membebankan rakyat.

“Oleh itu, harga makanan dan bekalan makanan harus diberi tumpuan bagi memastikan sentiasa mencukupi dan harga dapat dikawal supaya berpatutan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau berkata, baru-baru ini terdapat beberapa tol dikurangkan harga dan diharapkan perkara itu akan berkekalan serta lebih banyak lagi tol di sekitar Lembah Klang dapat dikurangkan harga untuk membantu pekerja yang menggunakan lebuh raya tersebut setiap hari.

“Pada masa yang sama, pengangkutan awam seperti Rapid, LRT, MRT dan KTM juga mempunyai pengguna yang ramai, harga khas boleh diberikan kepada pengguna harian.

“Hampir semua pelajar dari sekolah rendah hingga ke universiti memerlukan alatan elektronik seperti telefon pintar dan komputer riba, subsidi boleh diberikan bagi membantu meringankan beban ibu bapa terutamanya yang mempunyai ramai anak.

“Pada tahun lepas, Kadar Dasar Semalaman (OPR) meningkat hampir setiap tiga bulan, diharapkan perkara tersebut tidak berulang pada tahun ini serta OPR dapat dikurangkan kepada 2.5 peratus.

............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo