BANGI, 19 RABIULAKHIR – Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong menegaskan, Malaysia ialah negara Islam kerana Islam merupakan agama bagi Persekutuan.
Beliau menyifatkan negara ini sebagai “bumi Islam” dan berhujah bahawa pengiktirafan rasmi terhadap Islam dalam perundangan menjadi asas untuk menyifatkan sesebuah negara sebagai negara Islam.
Dalam konteks Malaysia, katanya, kedudukan Islam itu dinyatakan dengan istilah “agama Persekutuan”.
“Jadi Malaysia ini, Semenanjung di sini, Sabah dan Sarawak di sana, adalah negara Islam,” katanya ketika menjadi panel Musyawarah Nasional 3.0: Membongkar Polemik Tanah Melayu di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, Sabtu lalu.
Prof Teo kemudian merumuskan Malaysia sebagai negara Melayu Islam yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum dan agama.
“Jadi rumusannya di sini, negara Malaysia ini adalah negara Melayu Islam yang majmuk sifatnya,” katanya.
Menurut beliau, penekanan terhadap sifat majmuk Malaysia tidak sepatutnya menyebabkan asas Melayu Islam yang disebutnya itu diketepikan.
“Ataupun kalau kita nak tekan kemajmukan itu boleh. Negara Malaysia ini ialah negara majmuk yang asasnya ialah Melayu Islam,” katanya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment