NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP N Sembilan lapor polis berkait hantaran institusi diraja



PETALING JAYA:
 DAP Negeri Sembilan membuat laporan polis berhubung hantaran di media sosial didakwa mengaitkan parti itu dengan krisis institusi diraja Negeri Sembilan.

Ketuanya, J Arul Kumar berkata, hantaran akaun Facebook milik ‘Khalide Al Walid’ itu antara lain mendakwa Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mempunyai kaitan dengan DAP, selain mengaitkan parti berkenaan dengan isu tanah adat.

Beliau berkata, dakwaan tersebut dianggap serius kerana membabitkan institusi diraja yang sepatutnya bebas daripada kaitan mana-mana parti politik.

“Sebagai parti politik, kita biasa berhadapan kritikan dan tekanan, tetapi apabila institusi diraja dikaitkan dengan mana-mana parti politik, perkara itu sudah melampaui batas,” katanya menurut Bernama selepas membuat laporan di IPD Seremban.

Beliau berkata, hantaran itu turut didakwa mengaitkan DAP dengan beberapa isu termasuk tanah adat, kehadiran wakil rakyat pada taklimat berkaitan agama, dan pertukaran nama jalan.

Adun Nilai itu berkata, sepanjang lapan tahun menjadi exco kerajaan negeri sebelum ini, perkara berhubung pemindahan milik tanah adat tidak pernah dibincangkan.

“Selain itu dakwaan wakil rakyat DAP menghadiri mesyuarat di pejabat agama itu adalah atas kapasiti sebagai wakil rakyat, kehadiran pada taklimat berkenaan bertujuan mendapatkan maklumat yang boleh disampaikan kepada pengundi dan penduduk khususnya pengundi Islam di kawasan masing-masing,” katanya.


Sumber | FMT Malaysia 







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo