- “UN, UNHCR bukan pemerintah Malaysia jadi di sini teruskan sahaja mana yang kita jalankan sebab kita bukan negara penanda tangan untuk pelarian. Apa yang nak ditakutkan ini hak kita sebagai negara kalau kita ikut cakap orang maknanya tiada lah kedaulatan,” – Pakar Undang-undang Antarabangsa UKM, Prof. Dr. Salawati MatBasir.
- Mengulas kesannya terhadap dasar pelarian Malaysia pada masa depan, Prof Dr Salawati berkata beliau tidak pernah mendengar kenyataan kerajaan bahawa sempadan negara akan ditutup kepada pelarian.
- Beliau menjangkakan pelarian Rohingya akan terus datang dan terdapat pihak yang akan membantu mereka, menyebabkan keadaan itu menjadi satu “kitaran semula”.
KUALA LUMPUR — Malaysia tidak perlu gentar dengan gesaan pihak luar berhubung penghantaran pulang warga Myanmar kerana keputusan itu merupakan hak kedaulatan negara, kata pakar undang-undang antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Salawati Mat Basir.
Mengulas rancangan meneruskan fasa kedua penghantaran pulang 3,524 warga Myanmar, beliau berkata Malaysia mungkin terus menerima kecaman dan gesaan supaya proses itu dihentikan atas alasan konflik serta risiko keselamatan yang masih berlaku di Myanmar.
Bagaimanapun, menurutnya, keputusan berhubung perkara itu terletak pada Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat.
“UN, UNHCR bukan pemerintah Malaysia, jadi di sini teruskan sahaja mana yang kita jalankan sebab kita bukan negara penanda tangan untuk pelarian.
“Apa yang nak ditakutkan? Ini hak kita sebagai negara. Kalau kita ikut cakap orang, maknanya tiadalah kedaulatan,” katanya sewaktu dihubungi The Merdeka Times.
Namun, Salawati menegaskan kerajaan perlu memastikan individu terbabit benar-benar memilih untuk pulang secara sukarela.
Menurutnya, Malaysia perlu dapat menunjukkan bahawa mereka kembali atas kehendak sendiri, selain memperoleh jaminan daripada kerajaan Myanmar mengenai keselamatan mereka selepas dihantar pulang.
“Kalau mereka nak sanction kita, kena tunjuk mereka memang nak balik dengan sendirinya dan ada jaminan dari kerajaan memang tidak akan dibunuh, itu sahaja,” katanya.
Mengenai hubungan Malaysia dengan Myanmar, Salawati berkata hubungan ekonomi dan sosial antara kedua-dua negara masih berjalan, termasuk aktiviti perdagangan.
Beliau berpandangan isu penghantaran pulang perlu dilihat bukan sahaja daripada sudut kemanusiaan, tetapi turut mengambil kira aspek kedaulatan serta keselamatan negara.
“Kena faham tentang isu kedaulatan, safety dan security, bukan sekadar kesian,” katanya.
Mengulas kesannya terhadap dasar pelarian Malaysia pada masa depan, Salawati berkata beliau tidak pernah mendengar kenyataan kerajaan bahawa sempadan negara akan ditutup kepada pelarian.
Justeru, beliau menjangkakan pelarian Rohingya akan terus datang dan terdapat pihak yang akan membantu mereka, menyebabkan keadaan itu menjadi satu “kitaran semula”.-The Merdeka Times
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment