NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Malaysia tak iktiraf pelarian, kenapa perlu bertanggungjawab isu Rohingya? – SURPLUS



BANGI, 19 RABIULAKHIR — Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak patut meletakkan kesalahan ke atas Malaysia kerana memilih untuk menghantar pulang etnik Rohingya, kata SURPLUS Pulau Pinang.

Pengerusinya, Ustaz Sophian Mohd Zain berkata, Malaysia sebenarnya tidak ada kewajipan untuk menjaga ‘pelarian’ etnik dari Myanmar itu kerana negara ini bukan sebahagian daripada Konvensyen Pelarian 1951 dan Protokol 1967.

Tegas beliau, ini bermakna Malaysia tidak pernah iktiraf Rohingya sebagai pelarian, sebaliknya status itu diberikan oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR).

“Namun apabila mereka (Rohingya) mendarat di Malaysia dengan menceroboh perairan negara, kita tidak menzalimi mereka.

“Malah, etnik itu hidup selesa, beranak-pinak, malah ada yang telah ditahan pihak berkuasa kerana melakukan jenayah.

“Ini belum saya sentuh isu mereka berniaga secara tidak sah hingga menjejaskan ekosistem perniagaan dalam kalangan penjaja kecil,” katanya kepada TV Pertiwi.

PBB sebelum ini meluahkan kebimbangan selepas Malaysia mula menghantar pulang kira-kira 1,500 warga Myanmar pada Selasa ke negara yang dikatakan masih dilanda konflik.

Kumpulan tersebut dilaporkan sebagai fasa pertama daripada 5,000 warga Myanmar yang bersetuju untuk dihantar pulang secara sukarela dari pusat tahanan.

Menurut laporan AFP, kebimbangan itu disiarkan jurucakap UNHCR, Matthew Saltmarsh di Geneva. 

Dalam sesi Pertiwi Podcast sebelum ini, Ustaz Sophian turut mengingatkan bahawa istilah ‘pelarian kemanusiaan’ adalah tidak tepat bagi etnik Rohingya di Malaysia.

Tegas beliau, istilah yang lebih sesuai ialah pelarian ‘ekonomi’ kerana etnik itu didakwa datang dari Cox’s Bazar, kem pelarian asal bagi Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar.

“Ini bermaksud, mereka datang ke Malaysia, bukan dari tempat yang membawa ancaman.

“Mereka sudah selamat di Cox’s Bazar, tetapi masih mahu ke Malaysia kerana ingin mencari kehidupan yang lebih mewah,” tambah beliau.


Sumber | TV Pertiwi 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo