Katanya, dua laporan polis dibuat terhadapnya susulan kejadian pada 28 Sept lalu, sebelum beliau dan pasukannya membuat laporan balas.
“Saya dan pasukan saya setelah berbincang, terpaksa membuat satu laporan polis untuk mengatakan bahawa ada usaha mungkin untuk mencemar nama atau imej AKPS secara amnya dan khususnya nama saya,” katanya pada sidang media di ibu pejabat AKPS, hari ini.
Shuhaily berkata, kejadian berlaku ketika beliau bersama pegawai membuat tinjauan kesiapsiagaan AKPS menjelang perlumbaan Formula 1 sebelum menjalankan penguatkuasaan terhad terhadap sindiket ‘ulat’ warga asing.
Katanya, ketika menemu bual seorang warga asing yang ditahan, dua individu tidak dikenali muncul dan merakam kejadian itu.
“Apabila didekati oleh pegawai saya dan bawa mereka ke depan dan melihat apa yang dirakam, arahan telah diberikan untuk mereka memadam,” katanya.
Mengenai dakwaan berlaku kontak fizikal, Shuhaily enggan mengulas dan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
“Saya tak mahu mengulas sama ada kontak tersebut berlaku ataupun tidak kerana nanti ia akan menjadi ‘my words against his word’… tak habis,” katanya.
Sebelum ini, tular video memaparkan seorang individu mirip Shuhaily kelihatan memarahi individu lain, dengan kepala individu terbabit turut dipegang dalam aksi yang kelihatan agak keras.
Turut tular salinan laporan polis oleh individu yang mendakwa dikasari Shuhaily, namun kesahihan laporan berkenaan belum dapat disahkan.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment