Beliau berkata, pilihan masih terbuka termasuk mengadakan rundingan dengan Bersatu, bagi mencari bentuk kerjasama yang boleh diterima semua pihak.
“Setakat ini, saya anggap permainan masih terbuka, pintu rundingan masih terbuka. Kita berunding dengan semua orang,” katanya selepas merasmikan Pusat Perubatan Sunway Damansara di Kota Damansara.
Kenyataan Amirudin itu dibuat selepas Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad pada Selasa berkata, PH tidak akan bekerjasama dengan BN pada PRN Melaka, sebaliknya terbuka kepada gabungan lain kecuali BN dan Perikatan Nasional (PN).
Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan Ketua Amanah Melaka, Ashraf Mukhlis Minghat, berkata PH tidak menutup ruang menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti baik BN mahupun Bersatu menjelang PRN.
Katanya, apa disuarakan Khalid mengenai kerjasama dengan BN dianggap ‘pandangan peribadi’.
Dalam perkembangan berkaitan, PH sebelum ini dilapor mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin Bersatu Melaka, namun Pengarah Komunikasi Fahmi Fadzil menegaskan tiada rundingan rasmi dibuat dan sebarang keputusan kerjasama perlu diputuskan Majlis Presiden PH.
Sementara itu, Pengerusi BN Melaka Ab Rauf Yusoh berkata rundingan mengenai kerjasama PRN ditangguhkan kerana belum ada tarikh sesuai untuk dipersetujui.
BN dijangka memulakan rundingan minggu ini, namun Rauf berkata pertemuan dengan bakal rakan kerjasama mungkin diadakan minggu depan.
Mengulas rundingan PH dengan Bersatu, Amirudin berkata perkembangan lanjut mungkin diketahui dalam tempoh terdekat.
“Menjelang minggu depan, saya fikir kita boleh dapat sesuatu,” katanya.
Amirudin berkata, keutamaan PH ialah memastikan sebarang bentuk kerjasama dapat menyumbang kepada kemenangan selain mengambil kira kepentingan rakyat.
Katanya, kestabilan politik juga menjadi pertimbangan, selain kerjasama yang mempunyai persamaan dari segi dasar dan memberi manfaat kepada rakyat, khususnya dalam membantu golongan miskin serta menangani isu perumahan.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment