NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Turun kempen bertemu pengundi lebih utama berbanding debat – Tok Min



PORT DICKSON – Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan sudah agak terlewat untuk mengadakan sesi debat atau dialog dengan mana-mana pihak termasuk dengan Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Menurutnya yang juga calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi, pada peringkat ketika ini, tumpuan perlu diberikan kepada melaksanakan strategi peringkat akhir menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini.

“Saya rasa waktu itu agak suntuk, sepatutnya lebih awal kalau ingin berdebat, bukan di penghujung.

“Kerana kita perlu memberi strategi akhir kepada calon-calon yang sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi pilihan raya.

“Kita tidak ada masa yang lama, hujung minggu ini pula tempoh penting untuk kita pastikan gerak kerja kempen kita.

“Kita ada strategi akhir yang perlu kita kekalkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Aminuddin yang juga Pengerusi PH Negeri Sembilan ditanya berkenaan kesediaan Jalaluddin berdebat atau berdialog dengannya sekiranya terdapat tawaran sedemikan.

Menurut Jalaluddin yang juga calon BN bagi DUN Pertang, beliau bagaimanapun tidak mempunyai hasrat mencabar mana-mana pihak untuk berdebat secara terbuka.

Sementara itu, Aminuddin yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, tempoh masa kempen yang masih berbaki juga seharusnya digunakan sebaiknya oleh setiap calon bertanding untuk bertemu seramai mungkin pengundi.

Katanya, ia bagi membolehkan mereka menyantuni dan mendengar permasalahan yang dihadapi oleh rakyat secara langsung.

“Kita masih ada masa untuk terus berjumpa dengan pengundi dan menyantuni mereka, itu lebih penting dan lebih utama.

“Bagi saya, apabila kita berjumpa secara terus pengundi, ada permasalahan-permasalahan kecil yang kita boleh selesaikan bersama.

“Kita dengar dan insya-Allah, kita selesaikan permasalahan di bawah, bukan sahaja di DUN Linggi, tetapi di seluruh Negeri Sembilan.

“Sebab itu kita minta semua calon PH pada PRN Negeri Sembilan ini ambil perhatian tentang aduan-aduan dan permasalahan-permasalahan setempat,” katanya. – MalaysiaGazette











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo