NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jalaluddin akui BN sukar tawan Negeri Sembilan tanpa PN



JELEBU – Barisan Nasional (BN) mengakui sukar membentuk Kerajaan Negeri Sembilan secara bersendirian selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) sekiranya tidak menjalinkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, penyatuan kedua-dua gabungan merupakan langkah penting bagi mengelakkan pertandingan sesama sendiri dan meningkatkan peluang menewaskan Pakatan Harapan (PH).

Menerusi kerjasama itu katanya, BN bertanding di 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PN di 11 kerusi, sekali gus mengelakkan pertandingan sesama sendiri di kesemua 36 kerusi.

Jalaluddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, perpecahan dalam kalangan blok pembangkang hanya akan menyukarkan usaha untuk menumbangkan kerajaan negeri yang diterajui PH.

“Kalau Pakatan ni tak bergaduh je lagi. Kalau kita beramuk je lagi, tak juga faham-faham lagi agenda kepada kekuatan masyarakat negeri dan negara maka kita tak boleh nak kalahkan Pakatan Harapan.

“Ini depan kamera semua saya sebut. Tapi jangan fikir DAP, apabila kita bertemu berdua, bila kita ada persamaan berdua (di Putrajaya), DAP jangan fikir 11 kerusi (disandang) itu dia boleh menang semua.

“Belum tentu. Ada beberapa kerusi kita akan rembat (rampas) balik dan inilah kekuatan luar biasa apabila ada penyatuan macam ini yang akan kita terjemahkan pada 1 Ogos,” katanya.

Beliau yang juga calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang berkata demikian pada sidang media selepas program ceramah umum di Felcra Lakai di sini malam tadi yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi PN Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Jalaluddin berkata, penyatuan antara BN dan PN menjadi kekuatan besar yang akan diterjemahkan melalui keputusan rakyat pada hari pengundian nanti.

“Yang penting bagi kita abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, orang Melayu, Cina, India dan masyarakat Orang Asli termasuk orang muda, kita mesti ada satu persefahaman, kita mesti ada satu keputusan.

“Keputusan ni ni adalah merupakan ketumbukan besar untuk kita meraikan sejarah penubuhan kerajaan di Negeri Sembilan di bawah pimpinan kerajaan (BN) yang akan ambil alih Negeri Sembilan,” katanya.

Pada PRN 2023, PH dan BN membentuk kerajaan negeri selepas PH memenangi 17 kerusi dan BN 14 kerusi, manakala PN memperoleh lima kerusi. – MalaysiaGazette












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo