NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PN, MUDA mampu bentuk kerajaan negeri Johor – Azmin Ali




BANGI, 23 MUHARRAM – Perikatan Nasional (PN) bersama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) berpotensi membentuk kerajaan negeri Johor jika mendapat sokongan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu ini.

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata gabungan kerusi yang ditandingi gabungan itu dan MUDA mampu mencapai majoriti mudah jika berjaya memenangi sekurang-kurangnya 29 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita ada kerjasama. Dalam PN sendiri, kita bertanding 33 kerusi. MUDA juga bertanding sejumlah kerusi. 

“Kalau gabungkan PN dan MUDA, kalau ditakdirkan ada sokongan rakyat yang positif dan besar, kita sudah boleh bentuk kerajaan, sebab untuk negeri Johor, kita memerlukan 29 kerusi untuk membentuk kerajaan,” katanya di Kampung Chokro, Simpang Renggam, malam tadi.

Dalam PRN Johor, calon PN  dari BERSATU, PAS dan Pejuang bertanding di 33 kerusi, manakala MUDA meletakkan 4 calon.

Sebanyak 56 kerusi DUN dipertandingkan pada PRN Johor, dengan 29 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri melalui majoriti mudah.

Sementara itu, Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya BERSATU menyasarkan kemenangan di semua 16 kerusi yang parti itu tandingi.

Menurutnya, jumlah kerusi yang ditandingi dibuat berdasarkan strategi dan penilaian terhadap prestasi pilihan raya sebelum ini.

“Kita bertanding 16 kerusi dan kita harap boleh menang semua 16 kerusi itu. Kita tidak gelojoh atau tamak untuk bertanding banyak kerusi. Apabila menentukan jumlah kerusi, mestilah ada strategi,” katanya.

Beliau berkata, BERSATU melihat 16 kerusi berkenaan sebagai kawasan yang berpotensi melonjakkan sokongan kepada parti itu, berdasarkan penilaian terhadap keputusan PRN Johor 2022 serta Pilihan Raya Umum (PRU).


Sumber | TV Pertiwi









........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo