Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, berkata PH hilang keyakinan terhadap sokongan rakyat ketika hari pengundian semakin hampir.
Katanya, Perdana Menteri lazimnya tidak perlu menghabiskan terlalu banyak masa berkempen di sesebuah negeri jika kedudukan parti berada dalam keadaan selesa.
“Dari pagi sampai petang, Perdana Menteri berada di Johor mengadakan pelbagai program kempen. Ini menunjukkan beliau sudah menekan panic button (butang panik) kerana merasakan keputusan di Johor tidak memihak kepada PH.
“PH semakin tertekan selepas beberapa keputusan pilihan raya sebelum ini yang menunjukkan trend penurunan sokongan terhadap gabungan berkenaan,” katanya di program Grand Finale Perikatan Nasional (PN) PRN Johor 2026, di Muar, malam tadi.
Ahmad Fadhli turut mengaitkan keputusan PRN Sabah tahun lalu sebagai bukti rakyat semakin menolak PH walaupun gabungan itu merupakan sebahagian kerajaan Persekutuan.
Beliau mendakwa Barisan Nasional (BN) akan mendesak Kerajaan Persekutuan untuk membubarkan Parlimen jika mencatat kemenangan besar di PRN Johor.
“Jika BN mencatat kemenangan yang selesa di Johor dan Negeri Sembilan, hampir pasti mereka akan memberikan tekanan kepada kerajaan untuk membubarkan Dewan Rakyat dengan segera.
“Kalau PH mendapat kemenangan selesa, PH tidak perlukan apa-apa tekanan, mereka yang akan bubarkan Dewan Rakyat terlebih dahulu kerana mereka rasa selesa,” katanya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment