NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sentiasa dapat layanan terbaik daripada Presiden, MB Perlis nafi lompat parti




BANGI, 23 MUHARRAM – Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah yang mengesahkan meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU menafikan tindakannya kerana mahu lompat parti.

“Keputusan ini tiada kaitan dengan kemelut politik pusat mahu pun niat untuk menyertai parti lain kerana kami masih terikat dengan Akta Antilompat Parti.

“Kami sentiasa mendapat layanan terbaik daripada Presiden dan ibu pejabat tanpa sebarang masalah,” katanya selepas majlis sambutan ketibaan pelancong dari Thailand sempena pembukaan semula laluan air jeti Kuala Perlis-Satu di Kuala Perlis, hari ini.

Abu Bakar berkata, tindakannya bertujuan memberi tumpuan penuh kepada urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Turut mengambil langkah sama menyerahkan surat peletakan jawatan pada minggu lalu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Marzita Mansor.

Beliau memberi penjelasan bahawa keputusan itu kerana kekangan masa untuk menghadiri mesyuarat di peringkat pusat, selain mahu memfokuskan usaha membangunkan negeri memandangkan penggal pentadbirannya hanya berbaki lebih kurang setahun.

Menurutnya, peletakan itu juga tidak menjejaskan kedudukannya sebagai Menteri Besar Perlis.

“Saya dan Marzita berbincang secara mendalam berhubung perkara ini. Kami memberi laluan kepada orang lain untuk terus berkhidmat di peringkat pusat, sementara kami memfokuskan perkhidmatan di negeri,” katanya.

Abu Bakar menegaskan bahawa beliau kekal sebagai ahli parti, Ketua Badan Pimpinan BERSATU Perlis dan Ketua BERSATU Bahagian Kangar dengan kebenaran presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurutnya, fokus sebagai Ketua Badan Pimpinan negeri adalah untuk menyusun dan memulihkan semula ketiga-tiga bahagian BERSATU di Perlis berikutan banyak jawatankuasa di peringkat bahagian telah beralih arah.

ADUN Kuala Perlis itu juga komited untuk meneruskan perkhidmatannya seperti dititahkan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sehingga tamat penggal Dewan Undangan Negeri.

“Saya perlu memfokuskan usaha untuk menarik pelabur dan mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan dalam masa beberapa bulan ini. 

“Insya-Allah, ada beberapa perancangan untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri yang akan dirangka dalam masa terdekat,” katanya.


Sumber | TV Pertiwi








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo