NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tolak kerjasama PN, Muda fokus blok progresif di PRN Johor



PETALING JAYA:
 Presiden Muda Amira Aisya Abdul Aziz menolak sebarang kerjasama politik dengan Perikatan Nasional (PN), dan berkata fokus parti itu adalah memenangkan calon blok progresif pada PRN Johor, Sabtu ini.

Beliau berkata, Muda memilih untuk mengetengahkan tawaran dasar ekonomi inklusif dan reformasi institusi demi memberikan ‘kemenangan sebenar’ kepada rakyat.

Amira memberi contoh pengenalan ‘Kontrak Muda Johor’ yang memberi tumpuan khusus kepada ekonomi inklusif, reformasi DUN Johor, serta isu iklim dan alam sekitar.

“Calon-calon Muda juga kerap kali menekankan dasar-dasar penting yang langsung tidak disebut oleh parti-parti besar, seperti isu pusat data dan perubahan iklim.

“Dalam tempoh-tempoh terakhir ini, Muda akan menumpukan sepenuh tenaga dan masa untuk memberi kemenangan kepada calon Muda dan blok progresif,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali semalam yang menyuarakan keyakinan PN masih mampu membentuk kerajaan baharu Johor dengan sokongan Muda.

Azmin yang juga ketua pengarah pilihan raya Bersatu dilaporkan berkata, 16 DUN ditandingi parti merupakan kawasan boleh menang berdasarkan analisis prestasi pilihan raya terdahulu.

Pada 7 Julai, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengakui PN mungkin tidak mampu membentuk kerajaan negeri, namun berharap gabungan itu meraih kerusi bagi memainkan peranan semak dan imbang.

Selain Bersatu, komponen PN lain iaitu PAS bertanding 11 kerusi, Parti Rakyat India Malaysia (5) dan Pejuang (1). Muda pula bertanding empat kerusi.

Sebelum ini, Muda dan PSM mengumumkan pembentukan kerjasama politik dikenali sebagai Blok Progresif bagi menghadapi PRN Johor dan Negeri Sembilan.


Sumber | FMT Malaysia 








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo