BANGI, 23 MUHARRAM – Tindakan tiga individu yang didakwa memasang kain rentang bertulis ‘Bebaskan Najib’ bersebelahan gambar calon Barisan Nasional (BN) adalah taktik kotor dan terdesak, kata Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong.
Bercakap dengan TV Pertiwi, Choo Seong mengesahkan bahawa ketiga-tiga individu terbabit bukan dalam kalangan ahli MCA atau parti komponen BN.
Katanya, kain rentang itu telah dipasang di sebelah kain rentang kempen calon BN, Yong Peng, Ling Tian Soon.
“Tindakan ini dilihat sebagai cubaan untuk mengelirukan pengundi serta mengaitkan isu yang tidak mempunyai kaitan langsung dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
“Pendekatan sedemikian adalah satu bentuk politik yang tidak beretika dan tidak bertanggungjawab,” katanya.
Mengulas lanjut, Choo Seong berkata, insiden itu disedari apabila tular video berdurasi 24 saat di media sosial melihatkan tiga pemuda sedang memasang kain rentang di tepi jalan yang memaparkan ‘Bebaskan ‘Najib’ bersama imej bekas Perdana Menteri itu.
Beliau berkata, salah seorang daripada individu yang dirakam dalam video berkenaan didakwa mirip pemimpin DAPSY Perak dan pegawai khas kepada seorang timbalan menteri.
Justeru, Choo Seong mencabar pemimpin DAPSY itu tampil menafikannya.
“Menurut peraturan pilihan raya, bahan kempen hanya boleh memaparkan imej calon dan pemimpin parti yang berkaitan.
“Penggunaan imej individu lain dalam bahan kempen perlu dipastikan tidak bercanggah dengan peraturan yang ditetapkan.
“Kain rentang ‘Bebaskan Najib’ tidak mempunyai kaitan dengan PRN Johor. Sekiranya ia sebahagian daripada bahan kempen pilihan raya, ini berpotensi melanggar peraturan pilihan raya dan wajar disiasat pihak berkuasa,” ujarnya.
Choo Seong berkata, situasi ini menimbulkan persoalan sama ada DAP cuba menggunakan isu luar untuk mempengaruhi pengundi kahususnya di Yong Peng menjelang PRN Johor.
“Saya menyeru pihak polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera menjalankan siasatan.,” tambahnya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment