NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jika ada sokongan tambahan untuk BN, itu lebih baik – Zahid




BANGI, 16 MUHARRAM – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengalu-alukan sokongan tambahan terhadap gabungan itu, termasuk dari PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Bagaimanapun, beliau yang juga Presiden UMNO tidak mahu mencampuri pendekatan parti berkenaan.

“Itu adalah pendekatan mereka. Kita bergerak secara profesional. Kita memberikan tumpuan kepada calon-calon kita dan tentunya jika ada sokongan tambahan, itu adalah lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 dan Santunan Kasih Kejora di Bandar Penawar, Pengerang, hari ini.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, bahawa undi penyokong parti itu boleh diberikan kepada BN di kawasan yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN).

Menurut Timbalan Perdana Menteri, keputusan sebenar hanya dapat diketahui apabila proses pengundian selesai pada 11 Julai ini.

“Kita mahu melihat pencapaiannya pada 11 Julai nanti, (melalui) peti-peti undi itu adalah bukti nyata, sama ada apa yang mereka katakan itu benar atau sebaliknya,” katanya.

PAS dan BN ketika ini mengambil pendirian menolak kerjasama rasmi, namun parti pimpinan Abdul Hadi secara terbuka meminta pengundi menolak Pakatan Harapan (PH) dan sebaliknya mengundi BN pada PRN Johor.

Naib Presiden PAS yang juga Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, pula dilaporkan berkata, tanggapan bahawa PAS dan BN bekerjasama hanya andaian pihak luar.


Sumber | TV Pertiwi











........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo