NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tamat kerjasama Bersatu langkah tepat demi penyatuan ummah – Sukri



SHAH ALAM – Keputusan Pas menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu dilihat sebagai langkah tepat bagi memastikan perjuangan parti terus bergerak secara konsisten berteraskan prinsip penyatuan ummah, kestabilan politik dan kepentingan Islam.

Yang Dipertua Pas Kawasan Shah Alam, Mohamed Sukri Omar berkata, keputusan tersebut dibuat selepas melalui penelitian dan pertimbangan mendalam oleh Majlis Syura Ulamak serta Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.


“Pas Shah Alam menyokong sepenuhnya keputusan tersebut berdasarkan prinsip, dasar dan maslahah perjuangan parti.

“Keputusan ini merupakan langkah yang tepat demi memastikan perjuangan Pas terus bergerak secara konsisten berteraskan prinsip penyatuan ummah, kestabilan politik serta kepentingan Islam dan rakyat Malaysia,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Pas secara rasmi memutuskan untuk menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan Bersatu dan perkara itu dicapai dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat malam pada Isnin.

Sukri juga berkata, pihaknya memberikan sokongan penuh terhadap keputusan yang diumumkan presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan akan melaksanakan segala ketetapan yang diputuskan oleh kepimpinan parti.

“Kami menjunjung keputusan Pas Pusat dan melihatnya sebagai langkah yang tepat demi memastikan hala tuju perjuangan parti terus kekal berlandaskan prinsip dan dasar digariskan.

“Fokus Pas kini memperkukuhkan gerak kerja parti di semua peringkat bagi menghadapi cabaran politik semasa serta memperluaskan pengaruh parti dalam kalangan rakyat,” katanya lagi. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo