Mereka berkata demikian ketika ditanya pada sidang media adakah PN akan terima Parti Wawasan Negara (Wawasan) menyertai gabungan itu.
Hadi ketika menjawab pertanyaan yang ditujukan kepadanya berkata: “Kita PAS dah bersetuju dan kita dah berpisah dengan Bersatu.”
“Jadi terpulanglah kepada dia (Bersatu) nak keluar atau nak serah lagi, tapi Wawasan nak masuk PN, tidak ada masalah.”
Samsuri mencelah untuk menerangkan proses menyertai PN. “Prosesnya mana-mana parti yang ingin memohon masuk ke dalam PN perlu membuat permohonan dan kita akan adakan mesyuarat.”
Beliau senada dengan Hadi berhubung Bersatu. “Terpulang kepada parti itulah untuk kekal dalam PN atau mengeluarkan diri dia dalam PN.”
Dalam pada itu, Samsuri meminta media menunggu mesyuarat akan datang, ketika ditanya sama ada Bersatu akan disingkirkan daripada PN. “Kita tengok mesyuarat akan datang,” katanya.
Ditanya sama ada PN menetapkan hala tuju baharu dalam perjalanan politiknya susulan pelancaran Wawasan, Samsuri berkata ia akan dibincangkan dengan parti-parti komponen PN.
“Kita akan bincangkan secara bersama dengan parti-parti kompenan dalam PN. Kita tidak buat keputusan sendiri-sendiri, kita buat cara musyawarah bersama rakan yang setia dengan PN,” katanya.
Hamzah, yang juga Ahli Parlimen Larut, melancarkan Wawasan pada majlis yang dihadiri Hadi, Samsuri, Presiden Gerakan Dominic Lau, dan beberapa Ahli Parlimen Bersatu dikaitkan dengannya, seperti Ronald Kiandee (Beluran) dan Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah).
Pelancaran ini empat bulan selepas beliau dipecat keahlian Bersatu susulan krisis kepimpinan dengan Presiden Muhyiddin Yassin. Hamzah memegang jawatan timbalan presiden Bersatu sebelum dipecat.
Hamzah memberitahu hadirin bahawa nama parti baharu diberikan oleh Hadi, dan pihaknya mahu terlibat dengan PN.
Sumber | FMT Malaysia
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment