NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ciri-ciri Hadi ‘supreme leader’ terbukti, kata bekas pegawai Muhyiddin



PETALING JAYA:
 Bekas pegawai kanan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata Hadi Awang mempunyai ciri-ciri ‘supreme leader’ selepas presiden PAS itu mengumumkan dua perkara menyentuh Perikatan Nasional (PN).

Marzuki Mohamad merujuk pengumuman Hadi bahawa PAS bersetuju untuk meneruskan Hamzah Zainudin sebagai ketua pembangkang, dan Wawasan akan menggunakan lambang PN pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Wawasan merupakan parti baharu Hamzah, dilancar semalam dalam majlis yang dirasmikan Hadi.


Menurut Marzuki, keputusan berkenaan tidak dibuat dalam majlis tertinggi (MT) PN, malah meneruskan Hamzah sebagai ketua pembangkang bertentangan dengan keputusan MT melantik pengerusinya, Ahmad Samsuri Mokhtar, bulan lalu.

Tambahnya, Hadi bukan ahli MT tetapi ‘berkuasa’ membuat keputusan PN, dan Marzuki percaya MT akan menyokong keputusan presiden PAS.

“Tak mungkin pengerusi PN yang juga naib presiden PAS tidak memasukkan kedua-dua perkara di atas sebagai agenda dalam mesyuarat MT PN akan datang.

“Kedudukan beliau sebagai pengerusi PN pun bergantung kepada ihsan presiden PAS,” katanya di Facebook, sambil seolah-olah menyindir Samsuri ‘dipecat’ sebagai ketua pembangkang sebelum memulakan tugas.

“Inilah ciri-ciri presiden PAS sebagai supreme leader (pemimpin agung).”

Hadi mengumumkan ketetapan PAS pada konvensyen Reset di Tanah Merah, Kelantan, petang tadi. Berhubung Hamzah, Hadi berkata PAS bersetuju selepas mendapatkan maklum balas Ahli Parlimen partinya serta wakil rakyat yang dikaitkan dengan Hamzah.


Berkenaan Wawasan, Kosmo memetik Hadi sebagai berkata pihaknya akan menghantar calon daripada Wawasan untuk bertanding pada PRN Johor dan Negeri Sembilan “guna logo PN”, pada sidang media selepas konvensyen.


Sumber | FMT Malaysia








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo