NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Parti baharu Hamzah guna logo PN bertanding PRN Johor, N. Sembilan



KUALA LUMPUR – Parti Wawasan Negara (Wawasan) yang ditubuhkan bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin akan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya akan menghantar calon daripada Wawasan untuk bertanding pada kedua-dua PRN itu.


“Kita akan bertanding guna logo PN dan akan lihat perkembangan seterusnya. Setakat ini, memang guna logo PN (calon Wawasan),” katanya pada sidang media selepas Konvensyen RESET Malaysia di Tanah Merah, Kelantan hari ini.

Terdahulu, Hamzah yang juga pengasas Gerakan RESET pada konvensyen itu mengumumkan parti baharu yang ditubuhkannya dikenali sebagai Parti Wawasan.

Ahli Parlimen Larut itu berkata, nama parti tersebut mendapat cetusan idea dan diberikan oleh Abdul Hadi sendiri dan akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pertamanya minggu depan.


“Kami akan melakukan AGM pertama minggu depan dan parti yang hendak saya maklumkan ini, namanya diberikan oleh ayahanda saya, tidak lain, parti itu diberi nama oleh Tok Guru Ayah Chik (Abdul Hadi), parti itu itu bernama Parti Wawasan Negara.


“Ayah Chik yang berikan nama ini, cuma kami ini baru dilahirkan, kalau tidak dijaga ayahanda, tidak diangkat, ditatih ayahanda, tidak tahu hala tuju, kami mahu bersama Pas, Gerakan, parti-parti lain yang ada.

“Insya-Allah kita akan bersama membentuk kesefahaman dan kerjasama politik komprehensif yang menyakinkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen RESET yang dirasmikan Abdul Hadi.

Turut hadir Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud. – MalaysiaGazette







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo