Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, pembubaran DUN Negeri Sembilan tidak boleh dilakukan secara mudah kerana ia perlu melalui prosedur tertentu yang membabitkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan serta Undang Luak Yang Empat.
“Saya sebenarnya tak mahu jawab kerana mahu menjaga hubungan (dengan Kerajaan Perpaduan) tetapi hakikatnya ia tidak boleh berlaku begitu.
“Di Negeri Sembilan, seseorang tidak boleh bertindak sendiri. Perkara itu perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan baginda pula tidak boleh bertindak secara bersendirian kerana perlu bersama Empat Undang,” katanya pada program Sembang Santai Bersama Pemandu Kereta Sewa dan Teksi di Terminal Bas dan Teksi Tun Sri Lanang lapor Berita Harian.
Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang dilaporkan berkata Negeri Sembilan bersedia membubarkan DUN sekiranya Johor mengambil langkah berkenaan terlebih dahulu.
Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban itu sebelum ini dilaporkan berkata Negeri Sembilan boleh membubarkan DUN ‘esok’ jika Johor memulakan langkah berkenaan.
Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata sebarang keputusan berkaitan pembubaran DUN Negeri Sembilan memerlukan persetujuan bersama Yang di-Pertuan Besar dan Undang Luak Yang Empat.
“Kalau empat Undang dan Yang di-Pertuan Besar bersetuju, maka bolehlah berlaku pembubaran. Tetapi jika tidak ada persetujuan itu, maka tidak akan berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan,” katanya.
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebelum ini mengumumkan DUN Johor dibubarkan berkuat kuasa semalam bagi memberi laluan kepada PRN ke-16.
Mengikut peruntukan undang-undang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh sehingga 60 hari selepas pembubaran DUN untuk mengadakan PRN.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment