GEORGE TOWN – Aktivis bebas, Salim Abdul Rahman menyifatkan semangat pengorbanan yang dibawa sempena Aidiladha wajar diterapkan dalam kepimpinan negara termasuk dalam usaha menjaga kebajikan rakyat serta kestabilan ekonomi.
Menurut beliau, konsep pengorbanan bukan sekadar tertumpu kepada ibadah korban, sebaliknya turut melibatkan kesanggupan seseorang pemimpin meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan peribadi dan politik.
Katanya, perkara itu dapat dilihat menerusi pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat walaupun berdepan pelbagai kritikan dan tekanan politik.
“Antara usaha yang memberi kesan langsung kepada rakyat ialah tindakan kerajaan mengekalkan subsidi RON95 pada harga RM1.99 ketika banyak negara lain berdepan kenaikan kos bahan api.
“Rakyat kena faham kerajaan menanggung subsidi yang besar untuk membantu rakyat supaya tidak terbeban dengan kenaikan harga minyak.
“Walaupun dikritik dan dihina setiap hari, Perdana Menteri tetap terus bekerja dan memberi fokus kepada rakyat serta negara,” katanya program korban perdana Aidiladha di Flat Kampung Melayu di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Salim turut menggesa tindakan diambil terhadap Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berhubung dakwaan membawa naratif menghina dan memfitnah sahabat besar Nabi Muhammad SAW.
Katanya, tindakan tegas perlu dilakukan supaya agama Islam tidak dipergunakan atau dipolitikkan demi kepentingan tertentu.
“Islam tidak boleh dikotak-katikkan oleh sesiapa, lebih-lebih lagi oleh orang Islam sendiri semata-mata untuk kepentingan politik,” katanya. – MalaysiaGazette
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment