NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PUM desak diyat dan sebatan bagi pemandu mabuk ragut nyawa



BANGI, 12 SYAWAL – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) menuntut kerajaan dan pihak berkuasa mengambil tindakan paling tegas terhadap individu yang menyebabkan kematian seorang pemuda akibat memandu dalam keadaan mabuk.

Pengerusi Sekretariat Syubban (Pemuda) PUM, Dr Ainul Asyraf Lokman berkata, hukuman sedia ada perlu dikaji semula agar bersifat lebih mencegah (deterrent), supaya jalan raya tidak terus menjadi “sungai maut” akibat kecuaian melampau individu yang mementingkan diri sendiri.

“PUM merakamkan rasa dukacita dan hiba yang amat mendalam berhubung kejadian tragis terbaru melibatkan seorang pemuda yang menjadi mangsa nahas pemandu mabuk. 

“Rakaman tular memaparkan mangsa melambung tinggi akibat impak rempuhan yang amat dahsyat sehingga terjatuh di atas kenderaan dalam keadaan tidak bernyawa, adalah satu tragedi yang sangat menyayat hati dan tidak boleh dimaafkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Dr Ainul Asyraf berkata, PUM menegaskan agar kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan sistem diyat (pampasan nyawa) berasaskan prinsip hukum Islam yang adil.

“Diyat bukan sekadar hukuman, tetapi satu bentuk keadilan sosial yang membela nasib keluarga mangsa yang kehilangan punca pendapatan atau insan tersayang akibat jenayah berat seperti ini. Pelaksanaan sebatan juga boleh difikirkan secara serius,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Dalam masa sama, PUM turut mendesak kawalan lebih ketat dikenakan terhadap penjualan dan pengambilan alkohol bagi memastikan insiden berpunca daripada mabuk tidak terus menghantui masyarakat.

“Usaha mendidik pemandu mengenai tanggungjawab dan nilai nyawa manusia harus diperkasakan. 

“Kerajaan juga digesa meningkatkan langkah keselamatan di kawasan berisiko bagi melindungi pengguna jalan raya yang tidak berdosa. Cukuplah nyawa yang terkorban. Keadilan harus ditegakkan demi maruah nyawa dan keselamatan awam,” tegasnya.


Sumber | TV Pertiwi





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo