BANGI, 12 SYAWAL – Pendakwah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub atau Ustaz Wadi Annuar, menegaskan bahawa kerajaan dan pihak berkuasa tempatan mesti mengenakan hukuman setimpal terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan.
Beliau menekankan, isu pemandu mabuk kini semakin membimbangkan kerana arak menjadi punca kematian nyawa tidak bersalah.
“Berharap pihak kerajaan dan pihak berkuasa tempatan memandang isu ini dengan serius seterusnya mengenakan hukuman setimpal kerana arak ini menjadi punca nyawa tidak bersalah melayang,” katanya dalam hantaran di media sosial.
Ustaz Wadi menegaskan, Malaysia adalah negara demokratik dengan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, manakala agama lain bebas diamalkan tetapi tertakluk kepada undang-undang. Statistik terkini menunjukkan peningkatan kes kemalangan akibat pengaruh arak dan pemabuk, mencetuskan kebimbangan orang ramai.
Beliau turut menasihati mereka yang masih bekerja sebagai juruwang atau menyusun botol dan tin arak di rak supaya beralih kepada rezeki yang lebih berkat.
“Inilah masanya untuk beralih kepada rezeki yang lebih berkat. Mudah-mudahan Allah gantikan dengan yang lebih baik,” tambahnya.
Dalam hantarannya, Ustaz Wadi turut memuat naik poster yang menekankan bahawa arak bukan sekadar minuman, ia ancaman kepada manusia dan punca keruntuhan tamadun.
Beliau merujuk kepada amaran agama yang jelas terhadap bahaya arak:
Sayidina Uthman bin Affan r.a.: “Hendaklah kalian semua menjauhi arak kerana ia punca segala kejahatan dan kerosakan.” (HR al-Nasaie)
Sayidina Anas r.a.: “Nabi menyebat peminum arak sebanyak 40 kali dengan pelepah tamar dan selipar.” (HR Sahih Muslim v)
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment