BANGI, 22 SYAABAN – Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi meminta kerajaan dan Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, menjawab dakwaan mengenai pemilikan saham dalam sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, seperti dilaporkan portal antarabangsa Bloomberg.
Menerusi kenyataan di Facebook, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu berkata, isu pemilikan saham oleh Azam Baki bukan kali pertama timbul.
“Isu pemilikan saham Azam Baki muncul lagi. Free Malaysia Today (FMT) melaporkan beliau memiliki saham dalam Velocity Capital Bhd, sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, dengan nilai dikatakan sekitar RM800,000.
“Apakah benar? Adakah ia dibenarkan di bawah peraturan penjawat awam? Ini bukan kali pertama Azam Baki terlibat dalam kontroversi pemilikan saham,” katanya.
Beliau turut menggesa Azam Baki agar segera menjawab dakwaan tersebut.
“Kerajaan dan Azam Baki perlu memberi penjelasan segera. Jangan tangguh-tangguh. Isu ini wajar dibangkitkan di Parlimen kerana ia melibatkan kepentingan awam. Jangan sapu di bawah karpet,” tambahnya.
Terdahulu, Bloomberg melaporkan bahawa Azam Baki didakwa memiliki saham bernilai ratusan ribu ringgit dalam syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, yang dikatakan melanggar pekeliling kerajaan yang menetapkan had pemilikan saham penjawat awam tidak melebihi RM100,000.
Laporan itu turut mengimbas kembali kontroversi empat tahun lalu yang mencetuskan desakan supaya beliau diambil tindakan.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment