NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Henti tekanan terhadap rakyat yang pertahankan undang-undang – Pemuda Pas Terengganu



KUALA LUMPUR — Pihak berkuasa digesa menghentikan sebarang tekanan terhadap individu yang ditahan berkaitan Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), susulan kebimbangan terhadap pematuhan prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang.

Dewan Pemuda Pas Terengganu dalam satu kenyataan media berkata, sayap parti itu mempersoalkan tindakan menahan beberapa individu yang terlibat serta laporan kesukaran akses peguam kepada tahanan yang didakwa menimbulkan persoalan serius terhadap sistem perundangan.

“Tindakan pihak berkuasa menahan beberapa individu yang terlibat dalam Himpunan GARAH, serta laporan berhubung kesukaran akses peguam kepada tahanan, menimbulkan persoalan serius berkaitan pematuhan kepada prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang,” menurut kenyataan itu hari ini.

Pagi tadi, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengesahkan lima individu yang dipercayai peserta himpunan GARAH ditahan di hadapan Kompleks Membeli-Belah Sogo malam tadi.

Mereka yang ditahan termasuk Zamri Vinoth dan Tamim Dahari ditahan dan direman bagi membantu siasatan.

Menurut sayap pemuda itu, himpunan berkenaan diadakan bagi menegakkan undang-undang dan menzahirkan kebimbangan rakyat terhadap isu kepatuhan peraturan, bukannya untuk menimbulkan permusuhan terhadap mana-mana rumah ibadat yang didirikan secara sah.

“Himpunan ini diadakan bagi menegakkan undang-undang dan menzahirkan kebimbangan rakyat terhadap isu kepatuhan peraturan, bukan untuk bertembung atau memusuhi mana-mana rumah ibadat yang didirikan mengikut undang-undang dan kelulusan pihak berkuasa,” katanya.

Kenyataan itu turut menegaskan, hak berhimpun secara aman dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan tidak wajar disekat melalui tindakan yang disifatkan sebagai tekanan terhadap rakyat.

“Hak untuk berhimpun secara aman dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Sebarang usaha menekan, menakut-nakutkan atau membungkam suara rakyat hanya memperlihatkan kegagalan kerajaan menghormati prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara,” menurut kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, Pemuda Pas Terengganu menggesa kerajaan berdepan suara rakyat secara terbuka dan tidak menggunakan pendekatan yang boleh menjejaskan keyakinan awam terhadap sistem perundangan.

“Kerajaan seharusnya berani berdepan suara rakyat, bukan menggunakan pendekatan intimidasi yang akhirnya merosakkan kepercayaan awam terhadap sistem perundangan negara.

“Hentikan intimidasi, hormati undang-undang. Jangan khianati demokrasi,” kata sayap itu lagi. — MalaysiaGazette








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo