NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahli Parlimen Bachok bidas Amirudin, jika stres segera jumpa doktor



KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman membidas kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa semakin hilang kawalan emosi apabila berdepan kritikan, susulan beberapa kenyataan berbaur penghinaan yang dibuat pemimpin parti itu di pentas awam.

Beliau berkata, penggunaan bahasa tidak manis bukan sahaja mencerminkan tekanan dalam kalangan pimpinan, malah menjatuhkan standard kepimpinan di mata rakyat.

“Risau melihat gelagat pemimpin PKR meluahkan ungkapan tidak manis di khalayak ramai. Terlalu ‘stress’ agaknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Syahir mengulas kritikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari terhadap Pas Selangor berhubung isu penternakan babi di negeri itu.

Beliau menegaskan, tindakan menggunakan perkataan “bodoh” tidak mencerminkan akhlak dan peribadi seorang menteri besar.

“Lebih parah, penyokong mereka boleh bersorak dan bertepuk tangan. Entah apa yang terbuku di benak fikiran mereka. PKR, parti ‘keringat’ rakyat,” katanya lagi.

Dalam kenyataan sama, Syahir mendakwa PKR yang dahulunya melaungkan perjuangan rakyat kini berubah selepas berada di tampuk kuasa, sambil mengingatkan kepimpinan agar tidak bersikap angkuh.

Beliau menasihati Amirudin supaya mengawal emosi dan membawa perwatakan sewajarnya sebagai menteri besar, sambil mengingatkan sejarah kontroversi pentadbiran lalu di Selangor.

“Sebagai MB, bawalah perwatakan seorang MB. Kawal emosi, tidak meninggi diri. Selangor deserves better,” katanya.

Syahir menambah, jika Amirudin berasa terlalu tertekan, beliau digalakkan mendapatkan nasihat profesional atau merujuk pihak agama.

“Jika YAB ‘stress’, segera jumpa doktor atau rujuklah Menteri Agama. Jangan terlewat,” katanya. — MalaysiaGazette












........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo