NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu binaan kuil tanpa kebenaran perlu dimuktamadkan – Sultan Selangor



BANGI, 22 SYAABAN – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan agar isu pembinaan kuil tanpa kebenaran dapat dihentikan dan dimuktamadkan.

Titah baginda, isu ini telah menimbulkan keresahan kepada semua pihak sejak sekian lama dan telah menjejaskan keamanan dan keharmonian masyarakat.

Menurut Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, Sultan Selangor telah disembah maklum oleh kerajaan Negeri bahawa terdapat 687 kuil Hindu tanpa kebenaran di negeri ini sehingga 31 Januari lalu.

Berdasarkan statistik itu, katanya, 388 kuil dibina secara tidak sah di atas tanah kerajaan manakala 299 kuil di atas tanah milik persendirian.

“Jumlah kuil tanpa kebenaran ini adalah tinggi jika dibandingkan dengan populasi masyarakat India beragama Hindu sekitar lebih kurang 11.3% di Selangor.

“Jumlah ini pun tidak mengambil kira jumlah kuil di seluruh negeri Selangor yang telah didirikan secara sah yang telah mendapat kebenaran pihak berkuasa di Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Mohamad Munir berkata, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 7 Februari lepas yang menyentuh isu binaan rumah ibadat tanpa mengikut peraturan dan undang-undang telah mendapat sokongan penuh Sultan Selangor.

Katanya, pendirian itu ditegaskan sekali lagi oleh Perdana Menteri ketika menghadap Sultan Selangor pada 8 Februari lalu.

“Pendirian tegas Kerajaan Persekutuan seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri adalah selari dengan prinsip dan pendekatan yang sentiasa ditekankan oleh Sultan Selangor iaitu memastikan setiap pembangunan yang dijalankan adalah mengikut undang-undang yang berkuat kuasa dan tadbir urus yang baik.

“Perkara ini juga harus dipatuhi dalam setiap pembinaan dan pembangunan rumah-rumah ibadat khususnya kuil-kuil Hindu agar ia dilaksanakan dengan teratur dari aspek perundangan dan selaras dengan perancangan bandar yang mampan dan terancang,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Munir berkata, kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) diingatkan supaya sentiasa meneliti setiap permohonan pembinaan rumah ibadat agar diproses secara telus, adil dan tersusun tanpa mengetepikan peruntukan undang-undang.

Tambahnya, aspek pemantauan juga perlu sentiasa dilakukan oleh pihak berkuasa agar pembinaan rumah ibadat tanpa kebenaran di tanah-tanah kerajaan dan tanah persendirian dapat dibanteras dan dikawal.






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo