BANGI, 22 SYAABAN – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan pendirian baginda berhubung isu penternakan babi di negeri Selangor.
Presiden ISMA, Ustaz Shuhaib Ar-rumy Selamat berkata, penegasan baginda bahawa aktiviti tersebut tidak wajar dilaksanakan di mana-mana kawasan negeri ini mencerminkan keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat khususnya orang Melayu dan Islam di Selangor.
Katanya, titah baginda itu juga menunjukkan keprihatinan baginda terhadap pemeliharaan alam sekitar, keselamatan sumber air serta keharmonian masyarakat majmuk, selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama negeri dan peranan Raja sebagai ketua agama Islam.
“ISMA menyokong sepenuhnya kebijaksanaan baginda yang menilai isu ini secara menyeluruh serta mencadangkan pendekatan pengimportan bagi memenuhi keperluan pihak tertentu berteraskan prinsip keadilan sosial.
“Sehubungan itu, ISMA menyeru semua pihak agar menghormati titah baginda demi memelihara keamanan, perpaduan dan kesejahteraan negeri Selangor serta terus menjunjung institusi Raja Berpelembagaan sebagai payung kestabilan dan keharmonian masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment