NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Azam Baki sudah isytihar pegangan saham RM800,000 kepada JPA



  • Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata beliau sudah mengisytiharkan pegangan sahamnya bernilai RM800,000 dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  • Menurut Azam, pemilikan itu dibuat secara telus, mengikut prosedur dan tidak disembunyikan.
  • “Saya telah membuat pengisytiharan berhubung perkara ini, termasuk sumber pendapatan saya melalui Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) kepada JPA. Semuanya telus,” katanya.

PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata beliau sudah mengisytiharkan pegangan sahamnya bernilai RM800,000 dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurut Azam, pemilikan itu dibuat secara telus, mengikut prosedur dan tidak disembunyikan.

“Saya telah membuat pengisytiharan berhubung perkara ini, termasuk sumber pendapatan saya melalui Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Semuanya telus,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia.

Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menggesa Azam memberi penjelasan terperinci berkaitan dakwaan pemilikan saham dalam sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia.

Mohd. Puad berkata, laporan berkaitan pemilikan saham Azam yang dianggarkan bernilai kira-kira RM800,000 itu mencetuskan pelbagai persoalan, sama ada dibenarkan di bawah peraturan dan etika perkhidmatan awam atau sebaliknya.

Menurut Bloomberg, Azam memiliki 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partner Bhd., menurut pemfailan tahunan yang dibuat oleh Velocity Capital kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 3 Februari tahun lalu. 

Pegangan tersebut dianggarkan bernilai hampir 800,000 ringgit (AS$203,000) setakat penutupan dagangan pada hari Isnin.

Lapor Bloomberg lagi, sehingga hari Selasa, nama Azam masih tersenarai dalam daftar pemegang saham Velocity Capital di Suruhanjaya Syarikat, yang boleh diakses melalui pangkalan data berbayar dan dikemas kini secara berkala. 

Tidak jelas bila saham-saham itu diperoleh. Velocity Capital masih belum membuat pemfailan yang sama, dikenali sebagai pulangan tahunan, bagi tahun ini.

Bagaimanapun Azam berkata, saham itu dibeli pada tahun lalu dan telah dilupuskan dalam tahun sama.

Beliau berkata, laporan portal berita berkenaan berniat jahat dan mengelirukan, selain sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang kerana memfitnah. – The Merdeka Times





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo