BANGI, 29 REJAB – Bekas pemimpin DAP dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy menyifatkan sudah terlewat buat Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, untuk menarik balik kenyataannya mengenai kewujudan dua kem dalam DAP.
Beliau yang kini Pengerusi Urimai berkata, Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri mendedahkan maklumat mengenai DAP yang berpecah kepada Team A dan B selepas perbualannya dengan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Katanya, Loke mungkin tidak menggambarkan perpecahan DAP sebagai terbahagi kepada dua kem secara jelas.
“Namun, adalah benar bahawa beliau mungkin mengisyaratkan kewujudan pihak-pihak dalam DAP yang tidak bersetuju dengannya dalam pelbagai perkara, termasuk tindakan menyatakan kegembiraan terhadap kegagalan bekas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) mendapatkan tahanan rumah,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Beliau berkata, sama ada benar-benar wujud dua kem dalam DAP, iaitu kem Loke dan kem satu lagi dikaitkan dengan bekas pengerusi parti itu, Lim Guan Eng, masih belum dapat dipastikan.
Bagaimanapun, katanya keputusan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baru-baru ini serta pemilihan DAP peringkat Pulau Pinang menjadi petunjuk bahawa parti itu tidak lagi bersatu.
Beliau mendakwa proses peminggiran secara perlahan tetapi berterusan terhadap mereka yang dikaitkan dengan puak pembangkang dalam parti itu semakin jelas kelihatan.
“Tanpa kewujudan dua kumpulan atau puak, sukar untuk menjelaskan mengapa pihak pembangkang gagal menembusi pemilihan peringkat kebangsaan dan negeri parti itu.
Menurutnya, kegembiraan sebahagian pemimpin DAP terhadap keputusan mahkamah dalam kes Najib turut bertujuan memalukan kem dominan dalam DAP.
“Terdapat perasaan dalam DAP, khususnya dalam kalangan mereka yang menentang Loke, bahawa parti itu telah melepaskan hak untuk memperjuangkan kepentingan bukan Melayu, terutama masyarakat Cina,” katanya.
Sumber | TV Pertiwi
........
Komen: ........
| ............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |


No comments
Post a Comment