NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘65,000 orang boleh datang konsert, mana pergi semasa protes ladang babi?’ – Islah



BANGI, 29 REJAB – ‘Kalau puluhan ribu orang Melayu Islam boleh datang konsert, sepatutnya lebih ramai lagi akan turun protes ladang babi skala besar di Selangor.’

Demikian luahan Pengerusi IDENTITI, Islah Wahyudi Zainudin yang kecewa terhadap jumlah penyertaan bantahan berhubung cadangan kerajaan Selangor untuk melaksanakan projek penternakan babi secara berpusat di Bukit Tagar.

Menurut Islah, isu ini sepatutnya mendapat sambutan menyeluruh dalam kalangan umat Islam di Malaysia terutama rakyat yang menetap di Selangor.

Malah, Islah turut mempersoalkan pendirian wakil rakyat beragama Islam kerana tidak begitu aktif menyuarakan isu ini.

“Semuanya nak kena batang hidung sendiri baru nak bertindak?

“Kalau asyik harapkan orang lain, jangan marahlah satu hari nanti buka tingkap tengok-tengok berjiran dengan babi,” katanya kepada TV Pertiwi.

Terdahulu, isu ini mula menarik perhatian apabila Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan perancangan kerajaan negeri untuk membenarkan operasi penternakan babi di Tanjong Sepat, Kuala Langat bermula tahun ini sebelum dipindahkan ke Bukit Tagar pada 2030.

Susulan itu, ramai juga meluahkan rasa tidak setuju untuk kerajaan menjadikan Bukit Tagar untuk melaksanakan projek tersebut kerana kawasan-kawasan berhampiran diduduki oleh majoriti kaum Melayu.

Malah pada Jumaat lepas, sebanyak 32 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu Islam turut menyerahkan memorandum kepada kerajaan dalam usaha menyuarakan bantahan tersebut.

Bantahan itu dengan menumpukan isu kesihatan penduduk dan pencemaran alam sekitar, akibat kelemahan dari aspek penguatkuasaan, seperti yang berlaku pada masa terdahulu.


Sumber | TV Pertiwi






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo