NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perpecahan Melayu hanya merugikan semua



BANGI, 29 REJAB – Orang Islam terutama bangsa Melayu perlu bersatu dan mengelak perpecahan atau berpuak demi masa depan agama,bangsa dan negara. 

Penasihat Hal Ehwal Strategik Isma, Mohd Khoushaini Mohd Naim, berkata perpecahan dalam kalangan orang Melayu semakin ketara terutama dalam pentas politik sehingga rakyat ‘jemu’ dengan ‘drama’ yang tiada kesudahan. 

“Fokus kita hendak menuju  wawasan 2020. Tapi wawasan 2020 tidak kesampaian. Jadi kita berhimpun hari ini bagi membincangkan hala tuju orang Islam di tanah Melayu. 

“Suatu ketika dahulu, Malaysia pernah digelar ‘Asian Tiger’ dengan sumber kekayaan negara dan pertumbuhan ekonomi yang pesat.Tapi kini ia hanya tinggal nama,” katanya kepada TV Pertiwi. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam forum intelektual bertajuk Wacana Kuasa Nasional: Kerangka Kuasa Nasional dalam Pembinaan & Kemajuan Negara di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 

Forum anjuran IRIS Institute itu bertujuan untuk memperkenalkan dan menghuraikan idea kuasa nasional sebagai satu kerangka dalam memahami pembinaan dan kemajuan sesebuah negara.

Beliau berkata kuasa nasional kini seakan tidak didengari dan bukan lagi menjadi platform untuk mendengar rintihan dan masalah dihadapi orang Melayu. 

“Kalau kita lihat hari ini terlalu banyak isu sosial, ekonomi dan sebagainya yang rata-rata membabitkan kebajikan dan keistimewaan orang Melayu. 

 “Walaupun duduk di Tanah Melayu, orang Melayu seakan terpinggir di negara sendiri dengan tiada lagi kekuatan terutama dari segi penguasaan ekonomi. 

“Jadi kita berhimpun bukan hanya untuk pembangunan ekonomi semata-mata tapi bagaimana untuk penyatuan ummah demi masa depan agama, bangsa dan negara,” katanya.





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo